Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jujur Kulafazkan

Kebaikan Tidak Semestinya Dihargai

Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat. Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia. Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya. Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi Tuhan pemilik semua yang baik.

Istikharah : Pilihan dan Istikharah

I.S.T.I.K.H.A.R.A.H……Sebelum ini saya ada menulis tentang kisah ni..ramai yag bertanya bagaimanakah kesudahannya.. Rasanya genap sudah 4tahun, kisah yg kian berlalu pergi dari sudut ingatan kecil saya.. ketika itu saya masih mentah dalam membuat sebarang keputusan setelah hati ini pernah disiat siat dilukai oleh orang yang saya pernah sayangi satu ketika dahulu… kata-kata dibawah ini sudah cukup untuk menghuraikan segala-galanya mengenai sesuatu yang dinamakan “pilihan”… ‎ "Kita belum pasti akan berkahwin dgn orang yang kita cintai, tapi YANG pasti kita wajib CINTAI orang yang kita nikahi.." Pilihan… suatu permulaan baru sebuah kehidupan. Saya menamatkan pengajian dan mengambil keputusan untuk membawa diri dan mencari pekerjaan. Saya memulakan kerjaya yang impikan di tempat jauh daripada keluarga. Hanya sahabat menjadi tempat bergantung harap. Ketika merantau, takdir mempertemukan kembali saya dengan seorang kenalan lama yang sangat saya hormati, set...

Rindu Ku Pun Gugur

8 November 2015 ; 11.30pm Rinduku Pun Gugur.. pada tatap bola matamu, gemuruh rinduku... berguguran satu per satu.. tanpa mampu ku elak, tanpa mampu kutolak dan kubiarkan ia menari malu-malu di antara jemari kurusku.. kini hanya hembusan angin yang tersisa di senyum terakhirnya.. dan terbangkan kertas yang menyimpan kisah-kisah lama...jauh... jauh... jauh... hingga pandanganku luluh seiring dengan waktu yang kian meluruh... dan ketika bayang wajahmu menerpa sepi, ada kepahitan tergambar di irisan mata itu.. Yang tidak mampu lagi ku tatap.. Walau hanya sekeping potret pegun yang terlakar sebentuk wajahmu... mata yang cahayanya meredup di antara tirai-tirai kabut.. Membuatkan aku jadi sayu..pilu.. tanpa kusedari... rinduku pun gugur dalam tatap sendumu, berderai di antara patahan angin dan dedaunan layu, hingga purnama terakhir berlalu dari senyummu.... Yang kian terus memadamkan aku hapus terus dari memori indahmu....

Utusan Kerinduan

Ku utuskan kerinduan melalui doa... Allah titipkan kerinduan melalui mimpi... Dua malam berturut Mimpi bertandang....tanpa diundang...mungkin hati sampaikan ke otak dan mimpi berulang... Rahsia disudut hati insan yang lemah jua hamba yang hina tiada satu pun tersembunyi dalam pengetahuan Maha Pencipta..

Cuba Tanya Hati

Saya harap saya tak tipu diri saya sendiri.... saya cuba jujur dengan hati saya... harap awak pun cuba jujur dengan hati awak..

Semuanya Di Tangan Allah, Bukan Di Tangan Kita ^__^

Andai Allah tetapkan sesuatu itu untuk kita.. ia akan menjadi milik saya dan awak.. Andai ketentuan Allah sejak azali, menetapkan pertemuan ini untuk kekal ke akhirnya, saya akan terima dengan hati terbuka... Andai sebaliknya saya Redha.. Kita sama2 redha.. Semoga Allah tunjukkan saya jalan.., maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana. di atas pertunjuk Mu Jauhkanlah rasa ini, andai belum tiba masanya...  ^__^

Saya Sayang Awak

~~~~ Saya berjanji tidak akan meninggalkan awak.. Sehinggalah awak yang mengambil keputusan untuk balik dan tinggalkan saya.. p/s : saya pun xtahu sape saya pada awak..dan sapa awak pada saya.... [very tacing..............ZZZzzzzzz]

Saya tak mampu tipu diri sendiri..

kalau laa saya dapat tipu diri saya.. kalau laa saya dapat elakkan perasaan itu dari hadir.. kalau laa saya dapat tutup hati saya dari terbuka untuk awak.. kalau laa saya dapat lawan perasaan yang hadir kat dalam diri saya.. sesungguhnya saya tak kuat untuk menentang rasa hati saya.. sebenarnya saya langsung xkuat untuk menafikan yang saya sudah mula sayangkan awak melebihi kasih seorang sahabat.. sejujurya, ingin sekali saya menjaga batas2 pergaulan antara saya dan awak.. untuk langsung tidak mengizinkan rasa aneh ini hadir untuk awk.. biarlah kasih dan rasa aneh ini termaktub untuk SUAMI saya kelak.. tapi saya gagal..saya sedaya upaya cuba menipu diri saya sendiri.. saya sentiasa berdoa agar Allah menetapkan hati dan pendirian saya.. Tapi saya gagal dengan diri saya sendiri... saya dah banyak kali mencuba untuk menjauhi diri awk.. dengan pelbagai cara saya usahakan.. tapi saya sendiri gagal.. saat awak lafazkan pada saya "just kawan biase" dari saat itu s...

terima kasih kerana menjadi ibu bapa saya untuk seketika...

terima kasih... itu ucapan yang boleh sy ucapkan saat ini bila mana terkenangkan mereka.. saya sayangkan mereka.. mek dan ayah... saya sayang kan mereka.. setiap saat saya lalui xpernah sekalipun mereka jauh dr ingatan sy.. mek ayah terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang pada saya.. terima kasih kerana izinkan saya menumpang kasih sayang wlaupun hanya sementara.. terima kasih kerana memberi saya dahan tempat untuk saya tumpang berteduh untuk seketika.. terima kasih kerana anggap saya macam anak sndiri.. terima kasih kerana melayani saya dengan begitu baik.. terima kasih kerana memberi saya sebuah keluarga yang besar, sebuah keluarga yang xpernah saya ada sepanjang kehidupan saya.. dikelilingi kakak, abang, adik dan anak sedara.. skalipun ikatan ini terputus, kasih sayang saya pada kamu dan mereka xpernah terpadam dari ingatan saya.. sekali kamu semua menjadi keluraga saya, smpai bila2 kamu akan manjadi sebahagian dr hidup saya.. walaupun mngkin saya kini kamu...

Seseorang Itu Menjadi Sahabat

Apakah perasaan kamu,jika kamu dapat bertemu dengan seseorang yang sangat ingin kamu ketemu? Apakah perasaan kamu bila kamu dapat bertentang mata dengannya,melihat senyumannya,mendengar suaranya,melihat jasadnya di depan mata? Jika kamu boleh mendakapnya,adakah kamu mendakapnya erat dan biarkan sahaja hati yang berbicara? Adakah kamu berharap agar masa terhenti,walaupun itu tak mungkin berlaku? Saya sebenarnya telah bertemu dengan seseorang yang sepatutnya saya ketemu lama dahulu. Ia bagaikan mimpi di siang hari,ia bagaikan suatu igauan,bilamana sahabat itu berdiri di depan saya,memanggil nama saya sambil tersenyum mesra. Ia bagaikan doa yang telah termakbul,dan tika itu betapa bersyukurnya pada Yang Maha Esa kerana dengan takdirNya,terjadilah pertemuan itu. Saya  membalas lambaiannya sewaktu berpisah,melihat dia berlalu pergi sambil hati berkata-kata. Dapatkah saya berjalan seiringan dengannya lagi berbumbungkan langit biru seperti hari itu?Sahabat,akhirnya ki...

Permintaan, Keputusan, Kamu.....

Kita selalu minta macam macam dari Tuhan, dan kita take for granted permintaan kita akan dikabulkan. But perhaps, God has better plan for us. After all, Dia nampak hidup kita secara keseluruhan, sedangkan kita cuma nampak apa yang di belakang dan keliling kita. Kadang-kadang, kita pandang balik life kita dan kita menyesal dengan keputusan yang kita dah buat, seolah-olah keputusan kita salah dan selepas tu, kita macam tak percaya dengan gerakhati dan pertimbangan sendiri. Sedangkan kita terlupa, setiap langkah kita telah pun ditakdirkan... Kita mungkin akan ambil masa berminggu-minggu, berbulan atau mungkin sesaat untuk buat sesuatu keputusan. Apa kita nak makan, ke mana kita nak pergi, ke arah mana kita nak membelok kat hujung jalanraya, dengan siapa kita nak kahwin... dan setiap satu keputusan tu sebenarnya memberi impact dalam hidup kita cuma ada impact yang kita tak perasan. Dan ada masanya, keputusan yang kita pandang remeh boleh memberikan kesan yang mendalam. Kadang kadang sesuat...

Ask your self....Be'coz of that....U're failed

If you really love me, "you won’t try to touch me" .  Did you know, i hate the way you take a chance................ If u really love me becoz of Allah... Not even the slightest bit. You’ll protect me dignity and sacredness as a muslimah. Just hold me in your heart for a few more years .. then you can do it the halal way. Just be patient... but u're failed... i cant accept u anymore... i'm sorry... i can't be............like u want..its not me.........

Ajari Daku, Imamkan Daku, Bimbinglah Daku

Biarlah awak miskin harta tapi cukup dengan ilmu agama yang boleh membimbing saya ke jalan-Nya.. saya xminta awk jadi Tahfiz menghafal al-quran untuk mengajar saya membaca quran.. cukuplah sekadar awak boleh mngajar saya mengaji dan membetulkan bacaan saya... xperlulah awak berjubah, dan berjambang mencecah dada.. juga saya xharapkan awak berkopiah lebai lilit satu kepala... cukuplah dengan memandang awak mengingatkan saya kepada-Nya... awak saya harap awak boleh imamkan saya, solat jemaah bersama2... xperlulah 5waktu.. kita boleh berusrah bersama-sama ketika menanti tibanya azan isyak untuk meneruskan jemaah ke waktu berikutnya... boleh membangunkan saya jika saya terleka lena dibuai mimpi indah di pagi hari untuk bangkit jemaah subuh bersama2..

redha & sabar

sudah lama ia telah berakhir.. dan saya lepaskan dia kerana Allah..... bukan sebab terpaksa... untuk apa saya mengawal sesuatu yang pastinya bukan hak saya.. hanya atas ikatan yg belum lagi sah secara mutlak dan secara halal.. saya hanya teruskan berdoa..berdoa..dan berdoa.. agar Allah kuatkan hati saya, tabahkan hati saya dan pertingkatkan iman saya.... saya yakin saya mampu lakukan semua itu walaupun kadang kala matlamat saya tesasar.. kadangkala saya menanti, bilakah ujian ini akan berakhir, bilakah dugaan ini akan pergi meninggalkan saya.. dan bilakan sinar cahaya kebahagiaan akan berkunjung tiba.... tapi itu hanya sia-sia... kerana ragu-ragu dan mungkin saya tidak sabar.... sesungguhnya sabar itu salah satu jalan untuk saya dekatkan diri kepada-Dia.. semakin jauh saya melupakan-Dia semakin dekat Dia menghampiri saya.. Dia memberi kita dugaan dan ujiaan kerana dia sgt sygkan kita.. kita sentiasa menanti agar kita datang kepadanya.. menjadikan Dia sebagai sandara...

Dia Telah Pergi..

Baru beberapa hari rasanya saya melalui saat itu dan bertemu dgn beliau.. kini seolah2 tidak dapat menerima pemergiannya.. saya masih tidak percaya.. mungkin ajalnya telah tiba, Allah telah menetapkan takdir dan ini yang terbaik untuk beliau.. semoga rohnya dicucuri rahmat.... dan ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman.. AL-FATIHAH to Z.H... beliau pernah berkata "biarlah pinangan pertama ini melalui jalan Allah dan berpandukan istikharah dr Allah" [saya pun tak tahu apa yang patut saya coretkan,resah dan rasa bersalah menyelubungi diri]

Saya Belum Bersedia.

Atas nama Allah saya belum bersedia.. ikhlas dari hati saya.. saya terpaksa menolak.. tidak berdosa pada saya sebab saya menolak. kerana saya xde menyimpan hasrat untuk menjadi isteri saudara.. maaf saya katakan,  untuk apa saya cuba memaksa mengikhlaskan hati saya sedangkan hakikatnya ikhlas itu sebuah keredhaan bukan atas dasar keterpaksaan.. segalanya berlaku secara pantas dan saya masih lagi berada dalam keadaan terkejut. saya memohon maaf kepada pihak saudara, saya tahu saudara membaca blog saya.. jika benar ada jodoh antara kita, xkan kemana.. itu takdir Allah,insyallah saya akan menerimanya.. tapi untuk saat dan ketika ini, izinkan saya melangkah kebelakang daripada berbicara tentang soal ini.. saya menolak bukan atas alasan hati saya sudah dimiliki.. jujur saya katakan hati saya belum dimiliki. tetapi, hati saya belum bersedia untuk menerima sesiapa pun.. mohon saudara memahami situasi saya.. rasa bersalah saya terhadap keluarga saudara, jangan menyimpan harapan pada saya...

Berdiam Diri

"Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki," "Berdiam diri itu lebih dituntut"

Berdiam Lebih Indah Dari Berbicara

Kadangkala berdiam diri lebih baik berkata-kata. Walaupun hakikatnya sesuatu perkara itu meruntun.perasaan. Baik dengan Keluarga dan kawan-kawan. Kadangkala perasaan nak meluahkan ada tapi baik mendiamkan diri. Biar orang nampak kita jahat, sombong dan pemarah. Hakikatnya berlainan. Berkata-kata dan meluahkan perasaan akan menyebabkan hati orang lain terluka. Daripada melukakan orang lebih baik mendiamkan diri. Hidup di bumi nyata ini bermacam-macam karenah manusia. Hatta suami, anak, adik beradik apatah lagi kawan-kawan. Mungkin mereka merasakan diri betul, jadi biarlah mereka yang berkata-kata. Oleh itu lebih baik berdiam diri. Walaupun hakikatnya kita menunggu sehingga menyeksa diri. Landasan diri sendiri tidak semestinya betul.... Hanya orang sekeliling saja yang tau macam mana. Oleh itu hormatlah sedikit walaupun ketika dulu susah senang bersama orang tersebut. Bertahun-tahun kita kenali orang tersebut tidak semestinya kita tidak melukakan hati orang itu walau secalit zarah sekal...

Ini Sudah Cukup..

Cukuplah ini sebagai hantaran.. Biarlah ikatan ini bermula dengan kerahmatan ALLAH.. Bukan niat ingin memberi bebanan, tapi hanya berlandaskan 1 permintaan.. Bimbinglah daku sebagai BAKAL ISTERI MU, diatas jalan keredhaan.. Bukan dengan tingginya nilai hantaran sebagai ukuran.. Biarpun kamu miskin HARTA, tetapi kaya dengan didikan AGAMA.. yang boleh membawa ku menuju redha-NYA.. seseungguhnya aku ini hanya insan hina dan tidak sempurna.. terimalah aku apa adanya.. bimbinglah aku, ajari aku tentang agama yang satu.. dekatkan diriku pada-Nya seperti mana dekatnya dikau dengan ku.. Hantaran itu.....>>> ..sehamparan sejadah.. ..sepasang telekung.. ..senaskah al-quran.. ..sebuah rehal.. ..seutas tasbih.. nukilan, Bukan Bidadari