Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

Selamat Hari Lahir Penasihat Jiwa

 Jemari menghitung hari, Hati membilang waktu, Sannah Helwah my dearest sister Zarina Mohd Tahir🍰 Yang sentiasa memaknakan segala kegalauan. pemberi nasihat dalam nukilan tinta yang tidak pernah berakhir. tidak terluah mahu diungkap dengan sebuah kata.. seringkali membiarkan hati yang berbicara. terima kasih kerna senantiasa berada dilaman itu. melepaskan beban daku yg lama terkunci. Semoga dilapangkan rezeki, dipanjangkan umur agar bisa terus mencari gali redha Ilahi. semoga Allah melindungi langkah perjalanan hidupmu. semoga pelangi ukhwah ini utuh tanpa ada kemarau dihati semoga kenangan kita tidak larut diarus rindu. semoga kasih sayang ini kekal hingga penghujung usia kita. nasihat kamu daku jadikan kolek mengemudi hidup ini. terima kasih atas sebuah ukhwah dan silaturahim ini @mekardesa insan yang sekian lama tidak bertinta di mana-mana halaman. website dan blog pun udah lama dibiarkan berhabuk. dunia penulisan aku seolah sudah berakhir dan berlalu bersama kenangan.

1 August 2023

 1 Aug 2023 Menjelang Asar semalam, aku terima panggilan telefon dari rakan kerja.  Anak muda yang gigih berusaha mencapai apa yang dicita. Ibu muda kepada tiga orang anak yang  masih kecil.   Suara di hujung talian sekadar bertanya khabar yang bernada sebak. Kubiarkan sahaja apa yang ingin diluahkan.  Harus belajar mendengar. Waktu serabut begini, bukan kata kata yang diperlukan.  Cukup hanya dengan mendengar. Aku tekun mendengar. Walau masih cuba memahami di mana pangkal cerita, jiwa yang sangat rapuh waktu ini hanya perlu tempat untuk meluah.  Hingga akhirnya, dapat aku fahami di mana bermula rasa resah dan kecewa. Dik, Beginilah kehidupan Hanya tenang sahaja akan menjernihkan aqal dan emosi Tenang akan beri jalan rasional Duduk lah diam diam Renung dalam dalam Susun apa dan siapa, dan di mana kepentingan dan utama Tenang sendiri adalah yang pertama Urus bahagia diri dulu Kerana kita ada keluarga yang sayang kita dan kita sayang mereka Mereka tiada ganti. Aku tak ada jawapan dik Dud