Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Sabar. Dalam Senyuman.

Ketika mana diri ditembak dengan alasan demi alasan dari setiap penjuru; kau akan penat! Bukan penat untuk berhadapan dengan keadaan tetapi penat berurusan dengan orang yang BERalasan. Ketika mana diri MAHU dikelilingi dengan environment yang membina; namun hanya ada kau dan dia-, percayalah hembusan angin negatif itu lebih kuat meresap kedalam urat dagingmu.. :sweat: Biasa, lumrah kehidupan, jalan senang itu gemar diambil berbanding yang memerlukan kerahan usaha dan tenaga·· Jalan terakhir-- diam menjadi perisai untuk memujuk hati supaya ''bersabar". Diam menjadi "benteng" menahan diri dari berbicara yang memakan diri- Diam juga membezakan watak kau dan mereka ditahap paras kematangan yang bagaimana. Wahai diri, dimana kau rasa tiada ujian menjengah hidupmu, ketahuilah bahawa menyabarkan perasaan yang marah itu juga adalah ujian.. Berjaya atau tidak; kau laluinya. Sabarlah dalam senyuman