Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Ini Sudah Cukup..

Cukuplah ini sebagai hantaran.. Biarlah ikatan ini bermula dengan kerahmatan ALLAH.. Bukan niat ingin memberi bebanan, tapi hanya berlandaskan 1 permintaan.. Bimbinglah daku sebagai BAKAL ISTERI MU, diatas jalan keredhaan.. Bukan dengan tingginya nilai hantaran sebagai ukuran.. Biarpun kamu miskin HARTA, tetapi kaya dengan didikan AGAMA.. yang boleh membawa ku menuju redha-NYA.. seseungguhnya aku ini hanya insan hina dan tidak sempurna.. terimalah aku apa adanya.. bimbinglah aku, ajari aku tentang agama yang satu.. dekatkan diriku pada-Nya seperti mana dekatnya dikau dengan ku.. Hantaran itu.....>>> ..sehamparan sejadah.. ..sepasang telekung.. ..senaskah al-quran.. ..sebuah rehal.. ..seutas tasbih.. nukilan, Bukan Bidadari

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik

Share : Damba Cinta MU

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu Kusering melanggar laranganmu Dalam sadar ataupun tidak Kusering meninggalkan perintahMu Walau sadar aku milikMu Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar Pagiku ingat petang ku alpa Begitulah silih berganti Oh Tuhanku Kau pimpinlah Diri ini Yang mendamba cintaMu Aku lemah Aku jahil Tanpa pimpinan dariMu Ku sering berjanji di depanMu Sering jua kumemungkiri Ku pernah menangis karenaMu Kemudian tertawa semula Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar pagi ku ingat petang ku alpa Begitulah silih berganti Oh Tuhanku, kau pimpinlah diri ini Yang mendamba cintaMu Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun Kepada hamba-hambamu Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu Tapi tidak pula aku sanggup kenerakaMu Kutakut kepadaMu

Memendam Perasaan Itu Jihad

  betulkah bahawa memendam perasaan daripada memberitahu kepada orang yang kita suka itu satu jihad? kenapa??  melalui usrah yang saya ikuti baru-baru ini, saya mempersoalkan hal ini kepada seorang ustazah dan naqibah dalam majlis tersebut... dan jawapan yang saya dapat daripada persoalan saya.. jihad melawan hawa nafsu kalau kite suka kat seseorang, tp kita tak pernah bagitau dia dan dia tak tau perasaan kita kat dia... kalau kita meninggal dunia, dikira kita mati dalam keadaan berjihad.. hanya ALLAH tahu, kita dan DIA sahaja, kita yakin dgn DIA sebab tu kita tak cerita pada orang dan orang yg kita suka, mungkin boleh timbul fitnah dan pelbagai lagi, jadi merahsiakan itu lebih baik dari menghebahkan saya nak sertakan maksud hadis2 dr pembacaan saya dlm buku Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul...: " sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid."   (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2)

Bila Harus Mengakhiri "Jangan Patah Hati"

luka di jari terasa sakit hanya beberapa hari  dia menutup lagi dengan meninggalkan bekas,  dan luka di hati tidak pernah terlihat tetapi begitu pedih, perih dan sakitnya terasa sangat lama. itulah yang terjadi ketika hubungan kita dikhianati , terasa semua pengorbanan  sia-sia, segala kebaikan tidak ada ertinya sekarang tinggal menjadi sampah yang terbuang. cinta tidak pernah salah dan sebaiknya tidak menyalahkan cinta atas penghianatan ini, mencintai hanya memberi dan tanpa mengharapkan balasan, sehingga tidak pernah merasa rugi jika berdasarkan ketulusan seperti kita memberi bantuan kepada orang dan orang itu lupa dan pura-pura tidak ingat kepada kita. seperi ALLAH mencintai kita tanpa mengharapkan balasan, bila mana kita lupakan-NYA DIA akan menerima kita saat kita bertaubat dan kembali pada-NYA. PATAH HATI - SAUJANA KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU RUPA HILANG SERI MANAKAH MANISNYA KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU MADAH TAK BERLAGU MANAKAH GIRANGNYA PATA

share : Wanita & Matematik

Bukan nak berkisah tentang berapa peratus pakar matematik wanita di dunia berbanding lelaki.  Cuma berkongsi teori tokoh matematik Islam. Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ; Dia menjawab : Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100 Jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000 Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0". Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. Nabi pernah menangis memikirkan wanita selaku penghuni paling ramai di neraka kerana tidak tahu menjaga 'antara dua rahang' iaitu mulut dan 'antara dua kelengkang' iaitu kemaluan.  Wanita diberi 1/10 akal dan lelaki 9/10. Justeru, 'antara dua rahang' wanita selalu saja menyebut perkara yang tak masuk akal apabila dikuasai nafsu amarah. Umpat dan fitnah jad

Jangan Bersungut

Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya. ~menulis berdasarkan pengalaman, berkata-kata melalui pemerhatian....

Fiqh Al-Awlawiyyat sebuah Keutamaan

fiqh al-awlawiyyat bermaksud mengutamakan yang lebih utama dalam melaksanakan hukum dan nilai. walaupun semua perbuatan itu baik dan secara umumnya digalakan, namun antara satu kebaikan dengan kebaikan yang lain ada perbezaan keutamaan dalam melakukannya. samada pd hakikatnya sendiri atau hubungannya dengandengan situasi berkenaan. setiap perkara yang baik atau buruk mesti diletakkan di tempatnya dengan seimbang dan lurus, tidak lebih dan tidak kurang. ketika berbual dengan Ustaz merangkap rakan sekerja saya sebentar tadi, satu pengetahuan baru saya perolehi mengenai  fiqh al-awlawiyyat   ini. contohnya antara solat terawih dengan tazkirah sebelum solat terawih yang mana lebih utama dan cenderung untuk dilaksanakan? pada mulanya saya dengan begitu pantas dan yakin menjawab solat terawih.. tapi keutamaan yang sebenar ialah tazkirah.. atas sebabnya Tazkirah merupakan salah satu jalan untuk menentut dan mendapatkan ilmu. dan dalam islam menuntut ilmu adalah wajib manakala melaksanakan

Sedekah Walaupun Hidup Susah

Urusan sedekah adalah urusan hati dan keikhlasan setiap umat di dunia ini. Ada yang merasakan bahawa setiap harta dan wang yang diterima adalah miliknya dan sekaligus terus menjadi hak peribadinya.bukan untuk sesiapapun apatah lagi untuk dibahagikan. namun ada banyak yang bependapat bahawa setiap harta yang diterima adalah kuniaan Allah yang wajib disedekahkan kepada yang berhak.bagi hamba Allah yang merasa bahawa semua harta serta kedudukan adalah kuniaan,dengan jiwa yang besar dan hati yang tulus ikhlas akan mengeluarkan kewajipannya. walau apapun yang dia cintai dia korbankan, walaupun dalam keadaan tidak memiliki apa2 langsung dan dihimpit kemiskian, dia akan tetap rela menghulurkan demi mendapat keredhaan Allah. saya sendiri masih dalam peringkat  belajar tentang keimanan apatah lagi soal sedekah. sedekah harus menjadi makanan pokok dalam hidup kita, baik dalam keadaan kaya mahupun miskin. jangan jadikan kemiskinan sebagai tembok penghalang untuk bersedekah. sedekah tidak harus

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej.. perbualan kami banyak ketawa darip

First Artikel : Belajarlah Menghargai Orang Lain

Oleh:  EDITORIAL REMAJA Tarikh: 3 Februari 2012 Hidup ini umpama roda,setinggi mana pun kamu berdiri jangan lupa untuk melihat rumput di bawah.Tidak selamanya kamu akan terus berada di atas dan bila-bila masa sahaja kamu akan berada di bawah bersama mereka yang lain.Ketika itu,barulah kamu tahu untuk menilai yang mana baik mahupun buruk.Sesekali lihatlah ke kiri,kanan,atas dan bawah agar kamu tahu untuk menghargai orang yang berada di sekeliliing kamu. Menghargai orang bukan bermakna kamu perlu menghadiahkan mereka dengan pujian melangit tetapi cukuplah sekadar ucapan “terima kasih”. Dengan ucapan seperti ini ia sudah memadai dan membuatkan orang di sekeliling rasa dihargai. Sebelum ingin diri kamu dihargai, belajarlah untuk menghargai orang lain terlebih dahulu. Tip ini sebagai panduan buat kamu yang berhati kering. Ucapan Terima Kasih “Terima kasih sebab membantu saya.”Sedapnya bila mendengar ucapan tersebut kepada orang yang banyak membantu kamu selama ini. Ucapan seperti ini