Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

ku TUTUP hati

hati ku dah tertutup untuk MEMBERI &MENERIMA cinta... biarlah CINTA itu berputik selepas AKAD diterima.. biarlah IJAB & KABUL menjadi janji setia...

Ku Tak Mampu

Dalam menikmati kurniaan-MU.... tak terucap lafaz terima kasihku namun untuk jadi yang terbaik...juga masih belum KU mampu..

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Lagi

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. Ya Allah, Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. Ya Allah, Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya, Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, Selamatkan kami, Jarakkan kami, Pisahkan kami, Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, Agar kami tak mengundang murka-MU, Agar kami dapat lebih menjaga hati, Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. Ya Allah, Andai dia bukan untuk ku, Andai dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik bu

Ikhlas KU lafazkan

"setulus ikhlas hati ku lafazkan.. saya lepaskan dia dengan hati yang REDHA.. biarlah jodoh ini ketentuan dari TUHAN bukan ketentuan dari SYAITAN.." setelah sekian lama saya mengambil langkah berdiam diri atas apa yang telah terjadi.. hari ni sepenuh keyakinan dan setulus keikhlasan saya melepaskan dia dari hidup saya. memadam segala kenangan dan kisah yang pernah tercipta.. menghapuskan kekecewaan dan penderitaan yang membebani.. mungkin ada hikmahnya perkahwinan ini tidak diteruskan.. biarlah ikatan pertunangan yang memisahkan saya dan dia. sekurang-kurangnya saya tidak merobohkan masjid yang dibina.. tidak bergegarlah tiang Araysh yang berpunca dari saya dan dia.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. sesuatu yang lebih baik menanti di pertengahan destinasi sana. siapa dia, siapa gerangan, siapa insan itu.. biarlah ia menjadi tanda tanya.. kerana saya percaya pada janji Allah.. andai dia tak sama seperti kehendak hati, saya redha ketetapan Ilahi, itulah ketentuan sejak azali

Akan Ku Jauhi Mereka

jika benar perempuan merupakan salah satu laluan untuk membawa lelaki ke neraka.. pastinya aku akan menjauhi mereka....

Tahun 2012

tahun 2012.. lembaran baru dalam hidupku.. tutup diary lama buka diary baru.. dengan segunung azam dan segenggam tekad yang saya akan mulakan hidup baru tanpa kesedihan dan penderitaan lagi.. saya tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi.. saya redha.. jauh skali untuk pasrah dengan sebuah kehidupan yang telah saya lalui selama ini.. kerana pada saya semua itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. terpulang pada cara saya untuk menilainya.. saya pada mulanya agak sukar untuk menerima sebuah hakikat hakikat yang tertulis buat saya yang bernama "perpisahan"..