Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Untuk Di Uji

Sebuah kehidupan sebelum berakhir.. Sememangnya hidup kita sentiasa diuji Allah SWT dengan 5 perkara iaitu lapang sibuk, muda tua, kaya miskin, sihat, sakit dan hidup, mati. Ada ketika kita ‘diuji-Nya’ dengan dua Pilihan iaitu KESERONOKAN menikmati kemewahan.. KENIKMATAN di sebalik bencana Kata Imam al-Ghazali ra dalam “Mukasyafah al-Qulub “Banyak kenikmatan yang tersembunyi di antara taring-taring bencana. Banyak kegembiraan yang menghadap arah di mana beberapa musibah menanti. Bersabarlah atas ujian-ujian yang menimpamu kerana segala sesuatu ada sebabnya. Setiap kesusahan itu ada kegembiraannya. Setiap yang murni ada campurannya.” Tiada manusia yang tak diuji dan tiada manusia yang tak pernah berduka mahupun bersedih. Allah berikan ujian dalam kehidupan Supaya mereka menilai jalan kehidupan. Bukankah ujian itu menambahkan iman kita?. Alangkah rugi bila Allah menguji tetapi kita semakin jauh dari-Nya. Berkata Abul Asy’ats Ash-Shan’aani r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah T