Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Tafsir Diri

Jika mahu DI HARGAI Kita dahululah yang harus menghargai Jika mahu DI HORMATI Kita dahululah harus menghormati Jika mahu DI MENGERTI Kita dahululah yang harus mengerti Jika ingin DI SAYANGI Kita dahululah yang harus menghulurkan KASIH SAYANG. INGATLah Jangan NERAKAkan makhluk ALLAH sedangkan diri sendiri belum pasti ke SYURGA

Usaha Menentang Hawa Nafsu

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan,  diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada ALLAH.  Nafsu itu makhluk ALLAH, maka ALLAH sahaja yang  mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai  dirinya sendiri  (nafsu).  Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri  perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan  interaksi yang harmoni dengan Ilahi.  Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika ALLAH  permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan  menjadi mudah. Bantuan ALLAH inilah yang sangat kita  dambakan.  Malah inilah pesan Rasulullah SAW kepada Mu'az bin  Jabal dengan kata-nya: "Wahai Mu'az, aku sangat cinta kepadamu. Maka  selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau  lupa berdoa kepada ALLAH dengan doa ini:  Ertinya : "Ya ALLAH, bantulah aku mengingati-Mu,  bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah *aku  untuk memperbaiki ibadah kepada-Mu." (Ust Pahrol Mohamad Juoi - Semuanya Soal Hati)

Jika ia memudharatkan, Jauhkanlah

Ya Allah. Jika ia memberi manfaat kepada aku dan kehidupan aku, kau kekalkanlah seperti sediakala. Jika ia memudharatkan aku, maka Kau jauhkanlah.. Ya Allah, Doa aku sentiasa ada untuk dia.. Insyaallah tak kan pernah putus dalam doaku, Juga mungkin akan kekal dalam sujudku.. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku dalam menghadapi hari hari mu, Dalam menghadapi perubahan yang sudah menjadi kebiasaan ini, Sungguh aku berpegang kepada kata kata dan janji ku, Yang doaku sentiasa ada untuk dia.. Ya Allah, Kuatkanlah hatiku.. Kuatkanlah hatiku.. Kuatkanlah hatiku.. Untuk menghadapi hari esok, Untuk menghadapi sebuah kehilangan, yaa yg bakal hilang, Kuatkanlah hati aku... Untuk lalui dan berhadapan dengan dia Kelak.. 11 Syawal : 9.20mlm

Jagalah Hatimu

Jagalah sebaiknya hati kamu Kerana ia begitu berharga Lebih dari intan permata.. Dan jangan biarkan ia terleka Oleh dunia yang indah tipudaya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sebuah wadah dari penduduk bumi, dan wadah Tuhanmu itu adalah HATI setiap orang-orang yang soleh" -Hadis Riwayat Thabrani- Ya Rabb.. selimutilah hati aku dan mereka, Dengan kelembutan dan kasih sayang

Dia yang mencintaimu. Sedarkah kau?

Kadang-kadang kita sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar dan memperolehi cinta si dia. Tapi, sedarkah kau? Ada yang lebih mencintaimu, melindungimu tanpa pengetahuanmu. Bila kau susah kau cari Dia, yang mencintaimu itu. Bila kau dalam kebahagiaan kau lupakan Dia. Padahal Dia sentiasa ada disisimu, sentiasa mendengar setiap tangisan, keluhan dan keperitan yang kau hadapi. Dia sentiasa ada setiap saatmu. Tapi kau sia-siakan sesaat yang Dia ada untuk kau, kau luangkan kepada orang lain, betapa besarnya cinta ALLAH kepada kita, masih setia menunggu kita. Tapi kita? Adakah kita mencintaiNya.