Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Syukur

Seseorang Itu Menjadi Sahabat

Apakah perasaan kamu,jika kamu dapat bertemu dengan seseorang yang sangat ingin kamu ketemu? Apakah perasaan kamu bila kamu dapat bertentang mata dengannya,melihat senyumannya,mendengar suaranya,melihat jasadnya di depan mata? Jika kamu boleh mendakapnya,adakah kamu mendakapnya erat dan biarkan sahaja hati yang berbicara? Adakah kamu berharap agar masa terhenti,walaupun itu tak mungkin berlaku? Saya sebenarnya telah bertemu dengan seseorang yang sepatutnya saya ketemu lama dahulu. Ia bagaikan mimpi di siang hari,ia bagaikan suatu igauan,bilamana sahabat itu berdiri di depan saya,memanggil nama saya sambil tersenyum mesra. Ia bagaikan doa yang telah termakbul,dan tika itu betapa bersyukurnya pada Yang Maha Esa kerana dengan takdirNya,terjadilah pertemuan itu. Saya  membalas lambaiannya sewaktu berpisah,melihat dia berlalu pergi sambil hati berkata-kata. Dapatkah saya berjalan seiringan dengannya lagi berbumbungkan langit biru seperti hari itu?Sahabat,akhirnya ki...

Jangan Bersungut

Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya. ~menulis berdasarkan pengalaman, berkata-kata melalui pemerhatian....

Ku Tak Mampu

Dalam menikmati kurniaan-MU.... tak terucap lafaz terima kasihku namun untuk jadi yang terbaik...juga masih belum KU mampu..