Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Antara Ampu dan Pujian

Apabila kita mula terasa terlalu ingin dipuji. Apabila yg kita mahu dengar hanyalah kata yg sedap- sedap sahaja, lebih-lebih lagi atas kedudukan kita sebagai pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi atau masyarakat, dan ditambah pula kehadiran pembantu yg kaki ampu, maka ambillah iktibar daripada kisah raja tanpa baju. Cerita pendek turun-temurun ini telah kita dengar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Memang sudah lama, namun iktibarnya tetap relevan dan signifikan sepanjang masa. Pengajaran daripada cerita ini sangat penting buat para pemimpin. Menurut Rasulullah s.a.w. setiap kita ialah pemimpin, justeru cerita ini sangat perlu diambil iktibarnya oleh setiap individu. Selalunya pemimpin yg gila dipuji akan dikelilingi oleh pembantu yg kaki ampu. Dia terkeliru antara ampu dengan setia. Kaki ampu menipu. Sedangkan orang setia berpegang kepada prinsip yg benar. Setia pada kebenaran itulah setia yg sebenar. Manakala kaki ampu hanya dahagakan pangkat dan kedudukan.