Bukan nak berkisah tentang berapa peratus pakar matematik wanita di dunia berbanding lelaki. Cuma berkongsi teori tokoh matematik Islam. Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ; Dia menjawab : Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100 Jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000 Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0". Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. Nabi pernah menangis memikirkan wanita selaku penghuni paling ramai di neraka kerana tidak tahu menjaga 'antara dua rahang' iaitu mulut dan 'antara dua kelengkang' iaitu kemaluan. Wanita diberi 1/10 akal dan lelaki 9/10. Justeru, 'antara dua rahang' wanita selalu saja menyebut perkara yang tak masuk akal apabila dikuasai nafsu amarah. Umpat dan fitnah jad...