Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Kebaikan Tidak Semestinya Dihargai

Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat. Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia. Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya. Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi Tuhan pemilik semua yang baik.

Berpegang Pada Tali Allah

HATI hidup dengan dua hubungan... Dengan Tuhannya dan juga dengan manusia lain.. Dengan Tuhannya ... hati berhubung dengan ilmu, makrifah, keyakinan, keimanan, zikir, doa, tawakkal, ikhlas ... Dengan manusia lain ... hati berhubung dengan kasih sayang, ukhuwah, perkongsian suka duka, ambil berat, jujur ... Justeru... bila keduanya atau salah satunya semakin hilang dan terhakis , .. tunggulah saat matinya hati itu.... ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ ال عمران ١١٢ Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. Ali 'Imran : 112

Manusia menyebut nama seseorang.........kerana....

Kebiasaannya seseorang manusia menyebut nyebut nama seseorang yang lain atas sebab ingat... Mana kala ingat tu terbagi pada dua pekara.. Samaada - marah.. benci.. meluat.. kecewa.. tak suka dan sebagainya yang tidak mencerminkan pekara baik. - sayang.. rindu.. hargai.. hormat.. kasih.. dan sebagainya yang bermaksud kebaikan Moga kita termasuk: Kerana orang yang mencintai sesuatu.. tentu akan banyak mengingat dan menyebutnya. Ini menjadi sebab tumbuh dan bersinambungnya kecintaan. Yang dimaksud banyak mengingat dan menyebut beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.. Di antaranya: Menyampaikan selawat dan salam kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.. untuk mengamalkan firman Allah. “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Faathir : 56]. Juga hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.. bil