Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Sudahkah Kita Bersedekah Hari Ini?

Allah SWT berfirman; الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ MaksudNya; "Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah al-Baqarah 274] #Betapa hebatnya tuntutan bersedekah serta mendermakan harta benda sehinggakan Allah swt mengatakan samada dilakukan pd waktu siang atau malam, terang-terangan atau sembunyi2 semuanya dijamin beroleh pahala, pulangan, keberkatan dan ketenangan. #Menurut Ibnu Abbas r.a: "Ayat ini diturunkan berkaitan sikap Sayidina Ali bin Abi Talib dlm berderma. Beliau memiliki 4 dirham. Lalu satu dirham disedekahkan pd waktu malam. Satu dirham lagi pd waktu siang. Satu dirham

Lihatlah Diri

Pohon yang tumbuh, Tidak pernah bertanya Kenapa dan mengapa kewujudannya harus ada. Kerana ia percaya, Allah merencanakan Alur hidupnya tentu Indah dan sempurna ALLAH lengkapkan Dengan kebijaksanaanNya. Yang terburuk dilihat Tidaklah seburuk mana. RENUNGkaNlah hakikat ini Disebalik tiram yang hodoh Tersimpan mutiara berkilau Disebalik manusia yang hina Tersingkap keajaiban Insan Dan tiadalah yang sia-sia Apa Allah ciptakan, kerana setiap suratan TIada yang kebetulan. Semua yang tercipta, MesejNya penuh dengan pengertian. Lihatlah diri kita dengan Pandangan seorang yang Sentiasa mahukan rahmat Dan keampunan Allah SWT.

Bukan Suka Suka Allah Aturkan Sesuatu...

Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan.. Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran.. Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal.. Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama.. Bukan suka² Allah beri kita anak ramai Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit.. Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA. Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain. Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Dui

Waspadalah Empat Perkara

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. S elawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Al-fadhil Kalam Musafir ada berpesan : "Ada empat perkara yg dapat menyembabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak : Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya. Kedua : Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat kepada Allah. Ketiga : Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri terhadap kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang . Keempat : Berpaling dari peringatan Allah. Huraiannya : Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya. Orang mukmin akan menerima dengan hati yang yakin dan reda terhadap qada dan qadar Allah SWT tanpa ragu-ragu kerana percaya kepada qada dan qadar adalah rukun Iman yang ke 6. Jika seseorang tidak rel

Kemanisan Dalam Ujian

Ketahuilah bahawa banyak ujian dlm kehidupan kita ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Ramai org yg mendapat iman dan amalan soleh adalah kerana mereka dpt mengharungi ujian dgn tabah dan sabar. Betapa ramainya org yg sombong dan bongkak dlm jiwa mereka tetapi akhirnya menjadi insan yg tawaduk kpd Allah dan menghargai org lain setelah melalui ujian yg getir yg menimpa dirinya. Firman Allah yg bermaksud ; Dan Kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan sampaikanlah khabar gembira kpd org2 yg sabar. (Iaitu) org2 yg apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kpd Nya lah kami kembali) Mereka itulah yg memperolehi ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah org2 yg mendapat petunjuk (Al Baqarah ayat 155--157) Sesungguhnya kita tidak meminta ujian akan tetapi kita harus mengetahui bahawa ujian itu merupakan

Manusia Hari Ini Suka Bersangka-sangka

Ada sangka baik. Ada sangka buruk. Orang beribadah disangka riak. Orang rileks disangka malas. Orang berpakaian baru disangka menunjuk. Orang berpakaian buruk disangka hina. Orang makan banyak disangka pelahap. Orang makan sedikit disangka diet. Orang yang senyum disangka mengejek. Orang yang masam disangka merajuk. Orang berbincang disangka mengumpat. Orang yang diam disangka menyendiri. Orang yang menawan disangka menggoda. Orang yang ceria disangka mengada. Orang yang bertanya disangka menyibuk. Hakikatnya, mana tahu. Yang senyum itu kerana bersedekah. Yang masam itu kerana mengenang dosa. Yang berbincang itu memberi pendapat. Yang diam itu kerana beribadah. Yang menawan itu bersih wataknya. Yang ceria itu cerdas mindanya. Yang bertanya itu prihatin orangnya. Justeru, sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka. Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan

Pulanglah Wahai Sahabatku, Kembalilah Kepada Allah...

Setiap orang ada masalah, dan masalah setiap orang berbeza-beza. Dan, kita janganlah anggap kat dunia ni kita je ada masalah. Dan, kita janganlah anggap orang lain tak memahami kita, sebab boleh jadi, orang tu pun sedang bersedih melalui fasa-fasa susah dan ujian dalam hidup mereka. Kalau kita marah bila orang tak memahami kita, cuba fikir, orang yang tak faham kita atau kita yang tak faham orang lain? Kami bila baca soalan-soalan, kadang kami menangis. Ada yang luahkan, dia di uji dengan perasaan suka berlainan jantina, walaupun dia tak nak perasaan tu hadir. Pedih. Sangat pedih. Dia bertarung hari-hari untuk lawan nafsunya, tapi amat payah, sering jatuh, bangkit, jatuh dan bangkit, kemudian jatuh lagi. Ulang dan ulang. Saya sedih, dan saya doakan agar Allah terima usahanya itu. Ada yang luahkan, bagaimana dia dah terlanjur. Kemudian di ugut oleh si lelaki supaya teruskan perbuatan terkutuk itu, jika tidak, gambar auratnya di sebarkan di laman sosial. Ya, mungkin silap dia, k

Mendoakan Sahabat Tanpa Pengetahuannya

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد Indahnya Islam, menganjurkan supaya umatnya saling mendoakan antara satu sama lain, samada orang yang didoakan itu mengetahuinya ataupun tidak, lelaki atau perempuan, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hal Ini berdasarkan firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya : “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman.” (Surah al-Hasyr: ayat 10) Firman-Nya lagi yang tafsirnya : “Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang orang yang beriman lelaki dan perempuan.” (Surah Muhammad:ayat 19) Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaran

Yang Memberi dan Yang Menerima

Yang memberi ; Berilah dengan penuh kasih sayang dan cuba untuk memahami . Berilah sepertimana kepada orang yang tersayang juga sepertimana diri mahu diberi mahu diberi . Kelembutan dan kehalusan dalam memberi juga dititik beratkan . Allah tahu niat sucimu . Allah tahu apa inginmu . Adab dan cara itu utama . Salah melangkah binasa semua . Kerana memberi itu tandanya kasih . Salah cara memberi , kasih tidak dapat diterima oleh penerima . Berilah kasih dengan penuh sayang . Agar kasih dapat diterima dan memberi kesan . Yang menerima ; Ikhlaskan hati lapangkan dada . Allah Maha Mengetahui walaupun sekecil kecil perkara . Ambil semuanya sebagai tanda kasih daripada Allah kepada kita . Yang menyakitkan itu jangan letak di jiwa . Ambil sahaja sebagai langkah waspada . Yang iya itu terima juga . Untuk dibaiki serta sebagai pasak hati agar menjadi lebih baik di depan sana . Bersyukurlah kerana Tuhan memberi kasihNya kepada kita dimana segelintir sahaja yang menerima . Itu tandanya A