Skip to main content

Bukan Suka Suka Allah Aturkan Sesuatu...

Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..
Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..
Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..
Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan suka² Allah beri kita anak ramai
Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita
Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit..
Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita..
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat.
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je".
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah..
Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.
Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah..
Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.
Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.
Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya.
DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja.

Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang.
DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita.
Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.
Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan.
Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.
Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah.
Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah.

Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan.
Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.
Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana.
Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!
Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya.
Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...