Skip to main content

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan?
boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata?
jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti?

lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan.

berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta.**iyer ke aku nie

selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di antara lelaki dan perempuan apabila berkawan. contohnya, situasinya adalah anda berdua (lelaki dan perempuan) hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa berlainan terhadapnya dan seperti dalam hati ada taman tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. nescaya lah, perasaan ini tetap wujud walaupun anda menafikannya.

Ini mybe kategori yang paling sukar di antara kedua-duanya. perlu kah anda mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan?
Pendamkan perasaan dan bersedia untuk pecah berderai hati setiap kali si dia berbicara tentang gadis kesukaannya?
semak otak bukan?**wat diam-diam sudaa,xyah kecoh2

maka, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau kategori yang satu itu?
hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan agak sukar untuk dikategorikan kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan.

but satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan. Dan ya, "lelaki dan perempuan tidak salah jika hanya kawan". Tidak perlu terlalu stereotype dari segi gender dalam hal-hal macam ni.




p/s : "Yang pentingnya kita tanya diri kita sendiri. Apakah hubungan bersama ini hanya atas landasan sahabat atau pun dah wujudnya perasaan lain."

Comments

  1. open minded & think '+'

    ReplyDelete
  2. yes sehabis opened minded ni...biarpun kdg kala org lain fikir -ve.. @_@

    ReplyDelete
  3. Great and that i have a tremendous proposal: How Much Are House Renovations Stardew Valley home remodeling services

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara sa...

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej.. perbualan kami banyak ketawa darip...