Skip to main content

Posts

Jika Hari Ini.......

 Hujan turun...tidak pernah menunggu sama ada kita telah atau belum sediakan payung. Demikian pula kematian...ia akan datang menjemput setiap saat, tak peduli sama ada kita telah atau belum siap menyambutnya. Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara, Maka bicaralah yang baik-baik. Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda, Maka berguraulah dengan penuh kasih sayang. Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara, Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat. Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an, Maka hayatilah makna setiap ayat dengan penuh insaf. Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyuk, Maka banyakkanlah doa jangan alpa. Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang, Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang. Mana tahu esok semuanya tiada lagi Mana tahu esok kita pula akan disolatkan. 
Recent posts

Dengan Al-Quran

 Apapun keadaan, bacalah alquran. Dengan alquran, hati yang gelap mencari terang. Dengan alquran, hati yang kotor kembali bersih. Dengan alquran, diri yang jahil menjadi alim. Dengan alquran, jiwa yang kabut menjadi tenang. Dengan alquran, jiwa yang resah menjadi bahgia. Dengan alquran, hati yang keras menjadi lembut. Dengan alquran, umat yang rosak menjadi yang terbaik. Dengan alquran, tamadun yang runtuh bangkit kembali. Dengan alquran, musuh yang rakus tertunduk hina. Jika...  Jika alquran di baca, di amal, di hayati, di sampaikan, di tadabbur, di patuhi, dan menjadi panduan hidup.

Vanilla Coklat

Di dunia moden hari ini… Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya... Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,.. Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,.. Tanpa gemerincing loceng gelang kaki... Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,.. Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,.. Tanpa pakaian menjolok mata.... Susah??? Memanglah.... Jiwa muda.... Warna-warni menggamit mata... Rasa ingin mencuba membara-bara... Tapi harus sedar diri,... Tanpa semua itu pun,... Kamu sudah pun menjadi perhatian... Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,... Biar tidak up to date,.. Biar tidak bergaya.. Yang Penting.. Hati.. Dan Amalannya.. Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya.. MasyaAllah.. Wanita.. INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA.. JAGALAH SEGALA AMALANMU.. INSYALLAH.. DIRIMU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA..

Utamakan Allah

Sebaik mana pun niat kita... Manusia tetap menilai luaran kita... Sedangkan sehebat mana sekalipun... Luaran kita ALLAH tetap menilai niat kita. Justeru utamakan niLaian ALLAH Berbanding dengan nilaian manusia... 👉🏻Imam Asy-Syafie Ra berkata: Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan atas kamu pedihnya sebuah pengharapan. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain DIA.

Jangan Menilai Masa Silam Orang

 Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silamnya.. Betapa banyak diantara kita yang memiliki masa silam yang kelam. Jauh dari Allah, jauh dari sunnah, jauh dari hidayah, tenggelam dalam dunia yang menipu, terumbang-ambing dalam kemaksiatan. Bukankah para sahabat Rasulullah S.A.W juga terdahulunya turut berada dizaman jahiliyyahnya? Akan tetapi tatkala cahaya hidayah menyapa hati mereka, jadilah mereka generasi terbaik yang pernah ada di atas muka bumi ini. Pasti kita pun turut memiliki masa lalu yang penuh dengan kerosakan, yang mungkin kebanyakan orang tidak mengetahui masa lalu kita. Sebagaimana kita tidak ingin orang lain menilai kita dengan melihat masa silam kita, maka begitu jugalah pada mereka yang telahpun berubah. Yang utama adalah bagaimana kesudahan seseorang itu, tatkala akan meninggalkan dunia. Bukan masa lalunya.  “Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.” [Riwayat Al Bukhari]

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW  bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada sahabat yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan  Pengajaran: 1.  Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki. 2.  Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separ

Al-Quran Sebuah Petunjuk

 Sesungguh, Al Qur'an itu memberi petunjuk ke (jalan) yg paling lurus dan khabar gembira kepada orang mukmin yg mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yg besar. Dan Sesungguh AL-Qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...?      Ya Allah..... Jadikanlah Al-Quran sebagai imam..cahaya..hidayah dan sumber rahmat bagi kami… Jadikan lah al quran sahabat karib dan penyuluh kehidupan kami..... Paut dan dekatkan juga hati kami dengan Al Quran... Ya allah.... Selalu jentik hati ini dan Didiklah hati ini supaya sentiasa sandarkan kesedihan dan perit ujian itu hanya pada MU dan sentiasa berpegang teguh dengan kalam MU....  Jadikan lah Al Quran itu juga sahabat baik kami ya allah..  Jadikan juga Al Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup kami ya allah... 👉🏻 Sabda nabi s.a.w: sebaik baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya. 👉🏻 Sabda nabi s.a.w : Aku Tinggalkan kepada kamu dua perkara kamu tidak akan sesa