Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Ciptakan Perubahan

Mendung diciptakan bukanlah sekadar untuk membuat langit menjadi gelap gelita. Namun ia hadir untuk memberi khabar gembira akan sejuknya air hujan yang akan turun membasahi bumi tercinta. Luka bukanlah untuk kita rasa tersiksa semata-mata. Namun, ia tercipta agar kita sedar bahwa kita hanyalah manusia biasa yang mudah tergores kerananya. Setiap kesalahan yang pernah kita lakukan sehingga menoreh luka adalah sebahagian dari proses untuk membentuk kepribadian diri. Oleh itu, jangan menyesali semua kesalahan yang kita lakukan. Tapi sesalilah jika tak mampu menciptakan perubahan.

Hadirnya Kebahagiaan

Kebahagiaan akan hadir saat kita berjaya mengatasi sikap yang paling dibenci dalam diri kita. Kedekut? Cuba sedekah. Pemarah? Cuba bersabar. Dendam? Cuba maafkan. Jika terlalu sukar, cuba hanya sekali. Hanya sekali Selepas itu, lihatlah hasilnya Bagaimana? Nilai sedalam-dalamnya, hati kita tenang atau sebaliknya.