Pohon yang tumbuh,
Tidak pernah bertanya
Kenapa dan mengapa
kewujudannya harus ada.
Kerana ia percaya,
Allah merencanakan
Alur hidupnya tentu
Indah dan sempurna
ALLAH lengkapkan
Dengan kebijaksanaanNya.
Yang terburuk dilihat
Tidaklah seburuk mana.
RENUNGkaNlah hakikat ini
Disebalik tiram yang hodoh
Tersimpan mutiara berkilau
Disebalik manusia yang hina
Tersingkap keajaiban Insan
Dan tiadalah yang sia-sia
Apa Allah ciptakan,
kerana setiap suratan
TIada yang kebetulan.
Semua yang tercipta,
MesejNya penuh
dengan pengertian.
Lihatlah diri kita dengan
Pandangan seorang yang
Sentiasa mahukan rahmat
Dan keampunan Allah SWT.
Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara saya s
Comments
Post a Comment