Skip to main content

Pulanglah Wahai Sahabatku, Kembalilah Kepada Allah...

Setiap orang ada masalah, dan masalah setiap orang berbeza-beza. Dan, kita janganlah anggap kat dunia ni kita je ada masalah. Dan, kita janganlah anggap orang lain tak memahami kita, sebab boleh jadi, orang tu pun sedang bersedih melalui fasa-fasa susah dan ujian dalam hidup mereka.
Kalau kita marah bila orang tak memahami kita, cuba fikir, orang yang tak faham kita atau kita yang tak faham orang lain?
Kami bila baca soalan-soalan, kadang kami menangis.
Ada yang luahkan, dia di uji dengan perasaan suka berlainan jantina, walaupun dia tak nak perasaan tu hadir. Pedih. Sangat pedih. Dia bertarung hari-hari untuk lawan nafsunya, tapi amat payah, sering jatuh, bangkit, jatuh dan bangkit, kemudian jatuh lagi. Ulang dan ulang. Saya sedih, dan saya doakan agar Allah terima usahanya itu.
Ada yang luahkan, bagaimana dia dah terlanjur. Kemudian di ugut oleh si lelaki supaya teruskan perbuatan terkutuk itu, jika tidak, gambar auratnya di sebarkan di laman sosial. Ya, mungkin silap dia, kerana terlanjur. Namun, saya faham. Dia nak sangat berubah, nak kembali pada Allah, cuma dia takut, tak kuat, dia nak cuba lari, namun seolah-olah di gari. Dia menangis, dia berdoa. Namun kadang jatuh, bangkit dan jatuh. Berulang-ulang. Saya tak tahu, andai saya di uji seperti itu, saya mampu bertahan atau tidak. Saya yakin, andai dia teruskan niat dan usahanya untuk taubat, Allah itu maha pengampun.
Ada yang luahkan, bagaimana keluarganya bergolak. Mak ayahnya bergaduh, memaki hamun, menjerit terpekik terlolong. Si ayah tengok porno, si ibu pula sering menjaja aib si suami. Pergaduhan itu membuatkan dirinya tertekan, sehingga rasa nak bunuh diri. Dia nak kembali pada agama, tapi dia tersilap langkah, dia memilih 'dadah dan arak' untuk tenangkan diri. Yang mana akhirnya, dia ketagih dan terus ketagih. Namun kini, dia ingin berubah, tapi, susah, pedih, perit, ketagihan dan dosa menghantui diri. Saya yakin, andai dia tak putus asa berusaha sedikit demi sedikit untuk kembali pada Allah, Allah pasti gembira dan Allah pasti mengampunkannya.
Kawanku....
Setiap orang ada masalah-masalah. Setiap orang ada ujian dan dugaan dalam hidupnya.
Pesanan saya satu wahai kawan.
Jangan mudah menghakimi seseorang. Jangan mudah bersangka buruk dengan mereka. Jangan mudah pulaukan sesiapa. Jangan mudah memburukkan orang-orang diluar sana.
Mungkin kita tak tahu, di sebalik luarannya yang kelihatan jahat, mungkin di sudut hatinya, dia sedang bertarung bertungkus lumus untuk berubah.
Setiap orang ada aib, termasuk saya. Setiap orang ada kisah silam yang hitam dan keburukan yang dia rasa malu untuk di ceritakan. Begitu juga saya.
Saya harap sangat, kita doakanlah ummah hari ini. Andai kita di timpa ujian, di uji dengan ujian yang berat, pedih, perit dan sakit, janganlah sekali-kali menjadikan MAKSIAT sebagai penenang jiwa. Sungguh, maksiat itu akan menambahkan lagi kegelisahan, gundah-gulana, gelisah, tak tahu mana arah.
Andai kau sakit, andai hati kau pedih, andai kau perit, andai kau menangis menahan sebak di dada, andai kau rasa berat, andai kau rasa mahu putus-asa, andai kau rasa diri tak berguna, kau harus tahu wahai kawan...
Kau harus tahu bahawa..
"KAU DAN AKU ADA ALLAH...."
Allah rindu pada Kau. Allah rindu mendengar luahan, rintihan, dan tangisanmu wahai temanku.
Bila kau sedar yang kau ada Allah, walaupun kau menangis, walaupun kau sakit, walaupun kau pedih, tapi hati kau bahagia.
"Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
(Ar-Ra'du ayat 28)
"Jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya AKU DEKAT. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka MEMENUHI perintahKu, dan BERIMAN kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.."
(Albaqarah ayat 186)
Ya Allah.
Maafkan kami.
Ampunkan kami.
Kami rindu padaMu.

Comments

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara sa...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej.. perbualan kami banyak ketawa darip...