Skip to main content

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej..

perbualan kami banyak ketawa daripada berbicara secara series, sebab dia merupakan seorang yang peramah dan pandai berjenaka. memang tidak kering gusi kalau berbual dengan dia. perbualan yang membuat kan bicara saya seolah2 terhenti apabila dia bertanyakan tentang status mengenai diri saya. katanya dia sudah tahu ikatan  saya bersama insan itu terputus dipertengahan jalan. saya kurang pasti daripada mana dia mendapat perkhabaran mengenai saya, sedangkan hanya 2,3 orang teman paling rapat saja mengetahui mngenai hal ini. wallahualam.... seingat saya, saya pernah mengundang dia ke majlis perkahwinan saya yang dirancang pada hujung tahun lepas. disebabkan dia berkecil hati dgn saya krana tidak menjemput dia ke majlis pertunangan saya pd tahun 2010.. tapi perkahwinan saya tidak kesampaian kerana takdir tidak menyebelahi ikatan kami.

dalam bicara yang kurang tersusun, dia menyuarakan hasrat untuk membawa keluarga dia berjumpa keluarga saya. saya mnyangkakan dia hanya bergurau. tapi setelah lama perbualan yang tadi bertukar menjadi series saya mula jadi hilang kawalan. dlam hati berkata "eh, betol ke budak ni, nak mai minang lak, xkan nak test aku pulak"... tapi setelah berulang kali dia meyakinkan saya..akhirnya saya mempercayai kata2 yang terbit dari mulutnya... series dan bersunguh2 bunyinya.. mmg x dinafikan sebelum ini dia pernah memberi saya hint tapi saya sendiri yang sengaja buat kurang mengerti.. pada saya tiada istilah bercinta dalam kamus hidup saya. sebelum mengikat tali petunangan atau selepas dijabkabul.katanya nak datang ke rumah saya di utara semenanjung pada awal bulan 3, dia meminta saya memohon cuti. tujuan dia call saya pun sekadar ingin meminta izin katanya. dia kata 'dengar kata saya akan terima sape saja yang masuk minang saya.. so kalau dia masuk merisik pun 99% jawapan penerimaan tu adalah mungkin&pasti'... saya tidak memberi sebarang jawapan dan tidak memberi sebarang respon.cuma saya minta bagi saya dan dia masa dan biarlah kami sama2 melakukan istikharah..saya meminta dia melakukan istikharah untuk diri saya dan juga diri dia..itu saja..

saat itu barulah saya mngerti, erti istikharah yang saya tercari2 selama ini... saya mulai tertanya sendiri, selama ni saya buat istikharah, saya hanya berpandukan pada tujuan saya yang satu, tapi saya tidak mempunyai pilihan antara dua yang patut saya pilih.memang benar sejak akhir bulan lepas, saya tidak terlepas dr melakukan istikharah. tapi saya hanya membuat istikharah sedangkan dalam hati saya langsung tidak mempunyai pilihan..jujur saya katakan hanya satu pilihan..hanya satu.. saya mula berfikir untuk apa isthikharah saya itu...?? nak katakan yang saya tidak tahu memilih antara 2,saya tiada byk pilihan?kerana saya tiada sesiapa untuk saya pilih..saya tiada pilihan..hati saya kosong.. dalam erti kata lain saya xde calon..
saya ikhlaskan hati saya saya serahkan diri dan jiwa saya pada yang Esa.. dgn nawaitu, saya akan terima sesiapa saja yang Allah beri petunjuk pada saya.. hampir sebulan lebih petunjuk itu saya masih belum dapat. mungkin saya kena lebih berusaha bersungguh2 mengabdikan diri saya pada Dia.. mungkin Allah belum nampak lagi ksungguhan saya dalam melakukan istikharah..

tapi, 5hari yang lepas saya ada bermimpi..bukan mimpi yang panjang didalam tidur yang lena.. tapi sekadar mimpi ketika saya tertidur di meja pejabat kerana keletihan.. saya kurang pasti itu adalah petunjuk ataupun hanya mimpi mainan tidur jelmaan syaitan..org itu tetapi saya sangat2 kenali&jelas akan perwatakan dia.. mungkin itu hanya perasaan saya saja..tapi saya yakin mimpi itu bukanlah dipengaruhi khayalan saya yang dibuai perasaan.. dalam masa yang sama wujud perasaan gembira secara tiba2 tanpa saya pinta.wallahualam..setelah terjaga terus saya mengambil wudhuk menunaikan solat zohor yang masih lagi bersisa.. 
saya masih terfikir2 apakah ia sekadar mainan tidur ataupun petunjuk yang saya nantikan...saya benar2 kurang yakin kerana sejujurnya inilah kali kedua saya melakukan solat istikharah dengan wujudnya satu perasaan hiba dan sesungguhnya saya benar2 redha untuk segala jawapan yang mungkin saya dapat hasil daripada istikharah yang saya laksanakan.. saya hanya berdoa dan berserah, siapapun yang dipertunjukkan saya harus terima kerana saya sudah redhakan diri saya untuk ketentuan ALLah dan moga Allah mempekenankan doa saya.. bukan senang untuk menyerahkan seluruh hati dan kehidupan kita meminta dan akhirnya menerima apasaja yang bakal diterima melalui pimpinan-NYA.. hari ini barulah saya sedar bukan senang untuk meredhakan sesuatu itu dan bukan mudah untuk mngikhlaskan hati kita..melaksanakan tidak mudah seperti berkata2.. selepas saya mendapat panggilan dari dia, istikharah dan doa saya tidak putus2 saya panjatkan agar keputusan yang bakal saya buat nanti tidak salah dan keputusan yang tepat barangkali.. 

sehingga ke hari ni, saya masih kurang pasti, apa kah jawapan yang harus saya berikan pada dia..segalanya masih dalam keadaan samar2.. tiada apa yang datang menguatkan hati saya untuk membuat keputusan.. saya juga tidak mempunyai keinginan yang sudah jelas untuk itu..sesungguhnya saya belum mempunyai kekuatan untuk membuat sebarang keputusan...lain yang saya istikharahkan,hasil lain pula yang muncul sebagai petunjuk...saya kurang yakin dan masih terkejut dengan gambaran yang saya dapat, tapi yang pasti saya merasa gembira dengan gambaran itu,meskipun saya kurang pasti ertinya mimpi yang hanya seketika muncul itu..mana mungkin saya percaya dan rasa terkejut itu masih terasa kerana gambaran insan yang tidak pernah terlintas dalam doa saya dan dalam fikiran saya muncul daripada sepatutnya..mungkin itulah pertunjuknya.wallahualam...^__^

saya masih mencari sesuatu..dan saya seolah2 yakin yang saya tidak harus meneruskan sesuatu yang meresahkan saya..saya seolah yakin yang saya tidak harus menerima pinangan itu..bukan disebabkan gambaran yang saya dapat tapi atas dasar keyakinan yang saya rasai kini..mungkin rakan saya itu bukanlah jodoh saya walaupun dia berani mencuba untuk memiliki saya dengan cara yang baik..masih ada pelung untuk saya mencari jawapan..dan masih punyai banyak ruang untuk saya mndapatkan pimpinan yang tepat dari-NYA sebelum menjelmanya MAC..insyallah..Kunfayakun...


Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini,
sampaikanlah kepadanya..
jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku,
maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..
jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku,
PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..
>>> Di sisi ada "dia", akan ku tetap menunggu sehingga SAAT itu menjelma, moga dipermudahkan urusan ini ya Allah.. wallahua'lam.

Comments

  1. Salam..hai, sy sggah dgn carian istikarah dgn hnya 1 pilihan..sgguh kita di dlm situasi yg sma, cma beza kta sy blum btul2 brsgguh mlakukn istikarah, dan dsebbkn itu blum menemui jwapan, sy dlm proses ke arh istikarah..cma sy trtarik ingin tahu kesudahan cerita anda ini..ada smbungan ke? Memndgkn post in 2012..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara saya s

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s