Skip to main content

Memendam Perasaan Itu Jihad

 betulkah bahawa memendam perasaan daripada memberitahu kepada orang yang kita suka itu satu jihad?kenapa?? 
melalui usrah yang saya ikuti baru-baru ini,saya mempersoalkan hal ini kepada seorang ustazah dan naqibah dalam majlis tersebut...dan jawapan yang saya dapat daripada persoalan saya..
jihad melawan hawa nafsukalau kite suka kat seseorang,tp kita tak pernah bagitau dia dan dia tak tau perasaan kita kat dia...kalau kita meninggal dunia, dikira kita mati dalam keadaan berjihad..hanya ALLAH tahu, kita dan DIA sahaja,kita yakin dgn DIA sebab tu kita tak cerita pada orang dan orang yg kita suka,mungkin boleh timbul fitnah dan pelbagai lagi, jadi merahsiakan itu lebih baik dari menghebahkansaya nak sertakan maksud hadis2 dr pembacaan sayadlm buku Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul...:
" sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2)
dalam riwayat lain pula maksudnya:" sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara ksucian dirinya dan bersabar hingga meningggal dunia, maka dia adalah seorg yg shahid."cinta yg bertandang di lubuk ati itu fitrah.namun, apabila ia d susuli dgn tindak-tanduk yg tidak Allah redhai,ia akn bertukar mnjadi fitnah...
petikan dari: Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul (fatimah syarha mohd nordin) barangsiapa terkena panahan asmara, lalu ia menjaga kesuciannya,lalu ia meninggal dunia,maka ia akan mati syahid."
Dalam riwayat yang lain disebutkan: "Barangsiapa yang terkena panah asmara lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar maka Allah akan ampuni dosa-dosanya dan Allah masukkan ke dalam syurgaNya
Jadi langkah terbaik, melebih baik memendam dari meluahkan..ada sesuatu yang lebih baik menanti kita dipenghujung destinasi..Wallahualam..

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Inshaa Allah. Andai itu yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. pendek tapi padat..ALHAMDULILLAH... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...