Skip to main content

1 August 2023

 1 Aug 2023


Menjelang Asar semalam, aku terima panggilan telefon dari rakan kerja.  Anak muda yang gigih berusaha mencapai apa yang dicita. Ibu muda kepada tiga orang anak yang  masih kecil.  


Suara di hujung talian sekadar bertanya khabar yang bernada sebak.

Kubiarkan sahaja apa yang ingin diluahkan.  Harus belajar mendengar. Waktu serabut begini, bukan kata kata yang diperlukan.  Cukup hanya dengan mendengar.


Aku tekun mendengar. Walau masih cuba memahami di mana pangkal cerita, jiwa yang sangat rapuh waktu ini hanya perlu tempat untuk meluah.  Hingga akhirnya, dapat aku fahami di mana bermula rasa resah dan kecewa.


Dik,

Beginilah kehidupan


Hanya tenang sahaja akan menjernihkan aqal dan emosi

Tenang akan beri jalan rasional

Duduk lah diam diam

Renung dalam dalam

Susun apa dan siapa, dan di mana kepentingan dan utama


Tenang sendiri adalah yang pertama

Urus bahagia diri dulu

Kerana kita ada keluarga yang sayang kita dan kita sayang mereka

Mereka tiada ganti.


Aku tak ada jawapan dik

Duduklah bersama Dia

Kau pasti jumpa jawapan


Mohonlah

Hati tenang dan redha

Dengan jawapan yang diberi

Walau kadang, jawapan itu menyakitkan.

Itulah ISTIKHARAH.


Ku doa

Moga kau bertemu dengan TENANG itu.


From : Zarina Mohd Tahir

Comments

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara sa...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej.. perbualan kami banyak ketawa darip...