Skip to main content

Saya tak mampu tipu diri sendiri..



kalau laa saya dapat tipu diri saya..
kalau laa saya dapat elakkan perasaan itu dari hadir..
kalau laa saya dapat tutup hati saya dari terbuka untuk awak..
kalau laa saya dapat lawan perasaan yang hadir kat dalam diri saya..
sesungguhnya saya tak kuat untuk menentang rasa hati saya..
sebenarnya saya langsung xkuat untuk menafikan yang saya sudah mula sayangkan awak melebihi kasih seorang sahabat..
sejujurya, ingin sekali saya menjaga batas2 pergaulan antara saya dan awak..
untuk langsung tidak mengizinkan rasa aneh ini hadir untuk awk..
biarlah kasih dan rasa aneh ini termaktub untuk SUAMI saya kelak..
tapi saya gagal..saya sedaya upaya cuba menipu diri saya sendiri..

saya sentiasa berdoa agar Allah menetapkan hati dan pendirian saya..
Tapi saya gagal dengan diri saya sendiri...
saya dah banyak kali mencuba untuk menjauhi diri awk..
dengan pelbagai cara saya usahakan..
tapi saya sendiri gagal..
saat awak lafazkan pada saya
"just kawan biase"

dari saat itu saya nekadkan diri saya yg saya dengan awak akan kekal sebagai kawan smpai akhir nyawa saya..


awak,awak, kalau awak baca blog saya..
ni saja pesanan saya untuk awak..

"Jangan korbankan persahabatan kita hanya kerana telah jatuh cinta kerana cinta sahabat lebih baik dari cinta seorang kekasih……"
sepatutnya saya tidak melayan apa yang telah saya rasai, benar jangan sia-siakan persahabatan kita hanya sekadar hati telah bersemi bibit-bibit cinta..

Apakah saya mampu untuk membuat pilihan...menjauhi & melupakan....awak..
saya akan cuba jika ini jalan yang terbaik untuk awak dan saya..
jika saya yang telah memulakan segalanya..
jadi eloklah jika saya yang menamatkan nya dgn cara yang baik..

awak, hari ni, malam ni..saya msj awak..

saya minta maaf kat awk...saya harap awak maafkan saya..
seandainya satu hari nanti awak terbaca blog saya..
mungkin saat tu persepsi awk pd sy akan berubah..
jadi, eloklah jika saya memohon maaf terlebih dahulu..
mungkin nanti saya takkan punyai peluang untuk ucapkan lagi kata maaf itu..
mana tahu kan..
takdir itu bukan di tangan saya dan awak..
mungkin kita dah semakin jauh ataupun dah xberhubung lagi selepas awk baca blog saya harini..


cukuplah aritu airmata saya menitis kerana awak..
biarlah itu airmata pertama dan terakhir saya kerana awak =)


KUNFAYAKUN...................


Ikhlas dari Miss ND.
12.37 AM 3mei 2012

Comments

Popular posts from this blog

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...