Skip to main content

terima kasih kerana menjadi ibu bapa saya untuk seketika...

terima kasih...
itu ucapan yang boleh sy ucapkan saat ini bila mana terkenangkan mereka..
saya sayangkan mereka..
mek dan ayah...
saya sayang kan mereka..
setiap saat saya lalui xpernah sekalipun mereka jauh dr ingatan sy..

mek ayah
terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang pada saya..
terima kasih kerana izinkan saya menumpang kasih sayang wlaupun hanya sementara..
terima kasih kerana memberi saya dahan tempat untuk saya tumpang berteduh untuk seketika..
terima kasih kerana anggap saya macam anak sndiri..
terima kasih kerana melayani saya dengan begitu baik..
terima kasih kerana memberi saya sebuah keluarga yang besar,
sebuah keluarga yang xpernah saya ada sepanjang kehidupan saya..
dikelilingi kakak, abang, adik dan anak sedara..

skalipun ikatan ini terputus, kasih sayang saya pada kamu dan mereka xpernah terpadam dari ingatan saya..
sekali kamu semua menjadi keluraga saya, smpai bila2 kamu akan manjadi sebahagian dr hidup saya..
walaupun mngkin saya kini kamu lupakan,
sukar skali buat saya untuk melakukan sedemikian..

sungguh,
saya rindukan ayah,
dah lama saya xdengar suara ayah azan saat masuknya waktu solat..
dah lama saya tak tengok ayah imamkan solat..
sy rindukan mek...
rindukan suara mek, masakan mek gurau senda mek..
segala-nya saya rindukan..

walau apapun terjadi,
mek dan ayah xpernah hilang dari ingatan saya..
skalipun sy xpernah buang kamu semua dari ingatan saya..
mungkin saya boleh lupakan segalanya,
tapi, xmungkin saya dapat lupakan kamu mek dan ayah..

kasih sayang saya buat kamu tak pernah sekalipun ternoktah dan xmungkin ada titik noktahnya..
hanya titisan airmata yang mampu saya alirkan bila terkenangkan kamu..
hanya airmata menemani saya saat saya munulis warkah ini buat mek ayah,
wlaupun saya tahu mek ayah xdpat membacanya..
apatah lagi untuk mengetahui isi hati saya..

hanya pada ALLAH sy panjatkan doa,
agar mek dan ayah sntiasa berada dibawah lembayung rahmat dan kasih sayang ALLAH..
semoga mek cepat sembuh, dan semoga pembedahan mek berjaya..
hanya ALLAH yang tahu hati saya..
betapa meronta-rontanya hati saya untuk bertemu kalian,
tapi takdir menjadi kekangan untuk saya kembali..

saya nak lawat mek, nak jaga mek macam dulu2 bila mek sakit,
sentiasa ingin berada di smping mek bila mek bertarung dengan kesakitan...
tapi, saya xmampu lagi untuk berbuat demikian,
sungguh saya xberdaya lagi untuk itu..
bukan saya xingin kembali,
tapi masih adakah ruang dihati kalian untuk saya?
saya percaya kakak, abang dan adik sentiasa di samping mek..menemani mek..

semoga mek dan ayah tabah menghadapi hari2 mendatang,
seperti mana saya mampu menjadi tabah mengharungi kehidupan yang baru saya bina..

kutitipkan doa buat kalian dari jauh..
maaf ku pohon kan andai tidak dapat menjadi anak yang baik seperti kalian harapkan,
tidak mampu menjadi anak sehebat yang kalian impikan..
tidak mampu memberi kebahagiaan yang berpanjangan buat kalian..
saya menyusun jari memohon ampun dan maaf
seandainya saya terkasar bahasa,
seandainya saya ada mengguris hati mek dan ayah..
sekiranya perlakuan saya tidak disenangi..
halalkan makan minum saya..
segala yang pernah diberi dan dikongsi..

Hanya kenangan dan kasih sayang mek ayah saya bawa pergi
untuk mngiringi perjalanan saya yang masih jauh dari titik henti...
terima kasih untuk segala-nya..........
terima kasih untuk kebahagiaan ini...
berat skali untuk saya ucapkan kata Selamat Tinggal...
hanya airmata mngiringi perpisahan.......................................

Comments

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara sa...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej.. perbualan kami banyak ketawa darip...