Skip to main content

Permintaan, Keputusan, Kamu.....

Kita selalu minta macam macam dari Tuhan, dan kita take for granted permintaan kita akan dikabulkan.But perhaps, God has better plan for us. After all, Dia nampak hidup kita secara keseluruhan, sedangkan kita cuma nampak apa yang di belakang dan keliling kita. Kadang-kadang, kita pandang balik life kita dan kita menyesal dengan keputusan yang kita dah buat, seolah-olah keputusan kita salah dan selepas tu, kita macam tak percaya dengan gerakhati dan pertimbangan sendiri. Sedangkan kita terlupa, setiap langkah kita telah pun ditakdirkan...

Kita mungkin akan ambil masa berminggu-minggu, berbulan atau mungkin sesaat untuk buat sesuatu keputusan. Apa kita nak makan, ke mana kita nak pergi, ke arah mana kita nak membelok kat hujung jalanraya, dengan siapa kita nak kahwin... dan setiap satu keputusan tu sebenarnya memberi impact dalam hidup kita cuma ada impact yang kita tak perasan. Dan ada masanya, keputusan yang kita pandang remeh boleh memberikan kesan yang mendalam. Kadang kadang sesuatu berlaku hari ni yang menyebabkan kita rasa pilihan kita semalam adalah salah. Tapi bila kita sebut perkataan menyesal, kita seolah-olah meremehkan rasa kasih Allah pada kita, sebab... di mana kita sekarang, siapa diri kita... semua tu adalah kesan dari berjuta-juta keputusan 'salah' yang kita pernah buat sepanjang hidup kita, yang telah pun ditakdirkan-Nya.

Cuba kita tengok balik di mana kita sekarang, siapa diri kita dan dengan siapa kita berada. Tak teruk sangat, kan? Dan inilah hasil dari langkah kehidupan kita selama ni! Dan inilah pemberian Allah untuk kita! Tak ada satu pun keputusan yang salah seratus-peratus, cuma hati kita saja yang tak redha dengan qadha dan qadar Tuhan.

Buat si dia yang saya sayang, Jangan takut untuk menghadapi masa depan. Saya akan bantu selagi termampu, tapi kadang kadang saya perlu diberitahu. Bila awak bermasalah, saya nak sentiasa jadi tempat kedua awak mohon pertolongan, tempat kedua untuk awak datang bercerita... tapi tempat pertama mestilah Tuhan. 

Allah sayang sangat pada kita sebenarnya. Lebih daripada kita sayang sesama sendiri. Peganglah pada kepercayaan tu sampai bila bila. Tak ada keburukan yang akan berlaku pada kita kecuali memang dikehendaki untuk perkara tu terjadi.God will take care of his own, and I pray that He'll especially take care of you.

Walaupun sudah tiada apa-apa antara kita sekali pun, saya tak pernah berdendam. Saya akan sentiasa jadi teman yang terbaik untuk awak - at least, I'm trying (",)... Semoga awak hidup aman tenteram... sama ada saya akan berdiri di sisi awak sepanjang kehidupan tu, terserahlah. I believe God has great plans for each and every one of us, and that, would include you and I. Have faith, please do. [for S.S]

Comments

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara sa...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej.. perbualan kami banyak ketawa darip...