Skip to main content

Istikharah : Pilihan dan Istikharah


I.S.T.I.K.H.A.R.A.H……Sebelum ini saya ada menulis tentang kisah ni..ramai yag bertanya bagaimanakah kesudahannya..

Rasanya genap sudah 4tahun, kisah yg kian berlalu pergi dari sudut ingatan kecil saya.. ketika itu saya masih mentah dalam membuat sebarang keputusan setelah hati ini pernah disiat siat dilukai oleh orang yang saya pernah sayangi satu ketika dahulu… kata-kata dibawah ini sudah cukup untuk menghuraikan segala-galanya mengenai sesuatu yang dinamakan “pilihan”…

‎"Kita belum pasti akan berkahwin
dgn orang yang kita cintai,
tapi YANG pasti
kita wajib CINTAI orang yang kita nikahi.."




Pilihan…
suatu permulaan baru sebuah kehidupan. Saya menamatkan pengajian dan mengambil keputusan untuk membawa diri dan mencari pekerjaan. Saya memulakan kerjaya yang impikan di tempat jauh daripada keluarga. Hanya sahabat menjadi tempat bergantung harap.

Ketika merantau, takdir mempertemukan kembali saya dengan seorang kenalan lama yang sangat saya hormati, setelah 2tahun terpisah. Kami sama sama pernah menuntut ilmu dan berada dibawah satu organisasi yang sama. DIA, keperibadian yang dihormati, disantuni dalam pergaulan, lemah lembut tutur bicaranya penuh pengisian... Terlihat kematangan dalam setiap gerak langkah bicaranya..


Kami berkongsi minat yang sama.. Buku, ilmu dan penulisan yang mengeratkan lagi ikatan persahabatan kami dari hari ke hari.. Sampai satu saat dan ketika entah mengapa dan kenapa saya gemar mengirimkan bekal untuk dia. Setiap hari saya pulang lewat dari kerja, lewat macam mana pun waktu saya tiba di rumah dapur tetap akan berasap. Merantau di tempat orang, itulah caranya untuk berjimat. Setiap kali masak, saya akan masak lebih untuk rakan serumah dan juga untuk dia, sahabat yang mula mengisi ingatan saya tanpa saya sedar.. Bekal dan lauk untuk makan malam yang hampir setiap hari saya bungkuskan. Ketika itu tidak pernah sekalipun terlintas di hati untuk mencari peluang atau ruang untuk memikat hati seorang lelaki. Ambil berat dan risau atas dasar kawan semata mata tidak lebih dari itu... Mugkin juga tanpa saya sendiri sedar saya mencari peluang untuk bertemu dangan dia..hanya itu alasan untuk bertemu walau hanya sesaat cuma.Saya tak pasti apa kata hati saya ketika itu..


Hari ke hari sedikit sebanyak mencuri sedikit ruang dihati saya tanpa saya sedar dan seringkali saya nafikan..rupanya saya dah cuba membuka sedikit ruang dihati saya untuk dia..walaupun sering hati ini menidakkan..

to be continue..... 




Comments

Popular posts from this blog

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...