Skip to main content

Biarlah Tangisan Ini Yang Terakhir

Malam tadi mak menelefon saya. Seperti biasa kami hanya berbual kosong bertanya khabar..hari ni masuk kali kedua mak menghubungi anak perempuan tunggalnya..mengharapkan anaknya ini mimpi je nk call sejak bekerja ni, kekangan tugas yang banyak, bila pulang ke rumah terdampar di tilam, tidur tidak sedarkan diri...(mashallah anak dara sapa la ni)


Malam ni panggilan mak seolah2 menyentap jantung saya, nafas saya seolah2 terhenti dipertengahan perbualan, dan hati saya seperti dihiris2..saat itu saya dapat merasakan betapa lemahnya diri saya apabila berbica mengenai itu, hati saya di pagut sayu..sebagai seorang gadia yang lemah, saya tidak dapat mengawal  airmata dari jatuh berjuraian.. perkara yang ingin saya lupakan dan buang jauh dari kotak fikiran dibangkitkan kembali,saya mengerti itu bukanlah niat mak saya yang sebenarnya,tapi mak hanya sekadar ingin berkongsi dengan saya apa yang dialaminya..


“semalam mak mimpi n__(saya)  berjalan dengan F(insan itu) mak xtau pasai apa mak mimpi macam tu, apa la makna dia”


Ya ALLAH hanya DIA yang mengetahui bagaimanakah perasaan saya ketika itu. Saya faham betapa rindunya mak pada dia, perasaan kehilangan seorang insane yang telah dianggap sebagai anak sendiri..saya tahu jauh di sudut hati mak, mak amat merindui dia, begitu juga abah, walaupun dia tidak menyuarakan isi hatinya.lelaki seperti abah memang begitu sering mengambil langkah “berdiam lebih baik dari berkata2”..orang seperti abah berkata2 bila perlu sahaja, sebab itu pada saya sekali terbit bicara dari mulut abah, sesungguhnya perkataan itu amat bermakna dan berkesan dihati ^__^




Saya tidak dapat mengawal hati saya, bohonglah kalau kata tidak terasa. Marah dan benci macam mana  pun saya pada dia “sekelumit kasih sayang itu masih tersisa di hati saya” kerana saya bukan seorang yang mudah membenci orang yang pernah hadir dalam hidup saya.apatah lagi insane yang pernah membantu saya, memberi kasih sayang, memberi saya sebuah keluarga yang besar, disebabkan insane itu saya dapat merasakan suasana hidup dalam sebuah keluarga yang dikelilingi kakak, abang, adik, nenek, dan anak2 saudara, suatu situasi yang saya tak pernah rasai sepanjang kehidupan saya.dan insane itu juga pernah memberi saya semangat saat saya jatuh walaupun pada akhirnya insane itu sendiri menjatuhkan saya dengan begitu hebat sekali..


Saya hidup sebatang kara di perantauan, dimana apa yang berlaku pada saya dan insane itu saya hanya luahkan pada yang masa Esa.. saya tidak tahu pada siapa saya nak mengadu dan berkongsi masalah..
Tapi, saya amat bersyukur..syukur Alhamdulillah..saya mempunyai seorang sahabat yang mampu menyenangkan saya dan membangkitkan semangat saya ketika saya jatuh suatu ketika dahulu, ketika kekecewaan menimpa saya saat itu. Memang benar kata mereka yang berada disekeliling saya, saya merupakan insane yang paling beruntung kerana mempunyai ramai sahabat teman rakan dan kawan disisi saya walau dimana pun saya berada. Saya tidak pernah menafikan tentang itu. Tapi sekiranya dalam beribu teman yang saya ada sekalipun,saya perlu memilih seorang dua sahaja daripada mereka. Bukanlah ingin mengatakan teman baik yang lain tidak memahami saya,tapi saya memerlukan seseorang yang membuatkan saya berasa selesa untuk berkongsi masalah saya.


Dalam masalah ini,saya lebih selesa berkongsi dgn cik w..dialah yang mengetahui segala apa yang berlaku dlm kehidupan saya. Tempoh perkenalan sejak dari alam persekolahan itu sudah cukup untuk dia mengenali siapakah insane BUKAN BIDADARI ini..selepas mendapat panggilan dari mak saya terus menghubungi dia, saya tidak mampu lagi berfikir dan tidak tahu siapa lagi yang saya perlu cari.


Sesungguhnya, seorang sahabat sejati mampu menjadi pendengar yang setia, susah dan senang bersama, mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dipikul.seperti pepatah cubit paha kiri paha kanan turut terasa,begitulah kami diibaratkan..walaupun kadangkala tidak mampu menjadi penasihat yang terbaik cukuplah pada saya jika dia menjadi pendengar yang setia. .itu pun sudah memadai..


Saya bersyukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan Cik W dan seorang lagi sahabat saya saat susah dan senang, cik siti yang sentiasa disisi dan setia dalam kehidupan saya.. friend like sibling.. insyallah.. wallahualam....

Comments

Popular posts from this blog

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...