Skip to main content

Posts

Hargai Peluang

Semua orang ada PELUANG, Ambil segera jangan DIBUANG. Ada PELUANG jangan TERLEPAS, PELUANG pergi tinggallah HAMPAS. PELUANG berada DIMANA-MANA, Gunakanlah PELUANG dengan BIJAKSANA. Dulu disebut PELUANG KEEMASAN, Jangan sampai ditimpa KECEMASAN. Rebutlah PELUANG semasa ADA, Tak guna menyesal sesudah TIADA. PELUANG itu satu KESEMPATAN, Murah REZEKI sumber PENDAPATAN. PELUANG datang dari SINI SANA, REZEKI muncul tanpa RENCANA. PELUANG mungkin dilain TEMPAT, Ada REZEKI InshaAllah DAPAT. Jika sungguh nak cari PELUANG, Jangan takut untuk BERJUANG. Jika tidak diberi PELUANG, Cuba lagi ada masa TERLUANG. PELUANG hadir pada LAIN MASA, TABAHKAN HATI jangan PUTUS ASA. HARGAIlah PELUANG yang ALLAH BERI, PELUANG HIDUP SEBELUM MATI.

Ikrar Perjanjian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. . Tuhan yg tidak putus2 memberi nikmat pada setiap hambaNYA Fakir miskin Kaya tua muda, segenap manusia yg di ciptakanNYA tidak lepas dr limpahan kurniaanNYA. Namun angkara dunia yg Fana' sbg markas Syaitan Laknatullah... Kita lupa akan perjanjian kita di Alam Lahut, Allah berfirman "Alastu birabbikum???", . "Bukankah AKU ini Tuhanmu???, Lantas ruh menjawab.. "Benar engkau adalah Tuhan kami, Tapi hakikatnya bila di dunia manusia Leka dan lalai, Mereka alpa, lupa akan segalanya, Asyik dgn dunia Meremehkan perkara yang ringan, Lantas dgn KasihNYA... Diturunkan kitab Samawi yang memberi peringatn kepada manusia, Firman Allah... "Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari Perjumpaan dgn ALLAH di Akhirat.. Renungkanlah, bagaimana jika ALLAH bertanya kepada kita "Hamba- ku, Aku ini milikmu , lalu kamu milik siapa? Aku bersamamu, lalu kamu bersama siapa?" Wallahu alam.

Istikharah : Pilihan dan Istikharah

I.S.T.I.K.H.A.R.A.H……Sebelum ini saya ada menulis tentang kisah ni..ramai yag bertanya bagaimanakah kesudahannya.. Rasanya genap sudah 4tahun, kisah yg kian berlalu pergi dari sudut ingatan kecil saya.. ketika itu saya masih mentah dalam membuat sebarang keputusan setelah hati ini pernah disiat siat dilukai oleh orang yang saya pernah sayangi satu ketika dahulu… kata-kata dibawah ini sudah cukup untuk menghuraikan segala-galanya mengenai sesuatu yang dinamakan “pilihan”… ‎ "Kita belum pasti akan berkahwin dgn orang yang kita cintai, tapi YANG pasti kita wajib CINTAI orang yang kita nikahi.." Pilihan… suatu permulaan baru sebuah kehidupan. Saya menamatkan pengajian dan mengambil keputusan untuk membawa diri dan mencari pekerjaan. Saya memulakan kerjaya yang impikan di tempat jauh daripada keluarga. Hanya sahabat menjadi tempat bergantung harap. Ketika merantau, takdir mempertemukan kembali saya dengan seorang kenalan lama yang sangat saya hormati, set...

Korbankan Perasaan Sendiri

Ada ketika, perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain. Ada ketika, orang tak hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika, kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada ketika, orang nampak salah kita, tapi tak nampak puncanya dari mereka. Ada ketika, kita rasa letih di atas semua ini. Tapi.. Suatu ketika, pasti semua ini ada jawapannya selagi memilih untuk bersabar. Kebaikan Bersabar: 1. Allah bersama dengan orang yang sabar. (Surah al-Baqarah: Ayat 153) 2. Allah kasih terhadap orang yang sabar. (Surah Ali-Imran: ayat 146) 3. Allah berikan berita gembira kepada orang yang sabar. (Surah al-Baqarah: Ayat 157) 4. Dijamin pembalasan terhadap amalan yang baik. (Surah al-Nahl: Ayat 96) 5. Mendapat pahala dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar: Ayat 10) *Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang.. bertabahlah... Sabar itu kan sebahagian daripada iman... Semoga pengorbanan kita ada nilainya disisi Allah s.w.t.. Insya-Allah..

Nikmat Yang Tak Terucap

Segala Nikmat tak terucap Secara sedar dan tak sedar Tanda kasih dan sayang cinta mu  Pada semua alam semesta Dalam tadbir dan takluk Mu Pandanglah dengan Keindahan Tiada yang lebih indah seperti dalam impian.. keindahan hanya pada keindahan Tuhan semesta alam Indahnya ciptaan tuhan Jika bertanamkan keimanan Indahnya ciptaan tuhan Andai diri sedar banyak kekurangan.. Menderita Bahagia Sama saja bagi yang redha Bencana Kurnianya Semua kebenaran bagi yang redha Usah gusar sentiasalah tenang Majukan langkah terus ke depan Pegang erat padu keseluruhan Pasti ada jalan yang memandumu ke jalan yang ketaqwaaan Bila iman sudah sampai haqul yakin Sedekah banyak tak akan jadi miskin Hidup semakin dalam kenikmatan Kerana Tuhan yang pimpin... Astaghfirullahaladzhim Nikmat mu tak dapat ku dusta hanya untaian istighfar ingatkanku di kala lupa menjaga hati dan diri ini agar tak tersasar jauh darimu berharap redha-Mu meski diri kami hina

Merealisasi Sebuah Impian

Banyak orang mungkin sudah memiliki tujuan hidup, sudah menetapkan sebuah impian besar, goals, target.. Namun hanya sedikit orang yang benar-benar "mampu merealisasikan" dan mewujudkan nya dalam kehidupan nyata.. oleh itu sila anda berdiri didepan cermin besar sekarang.. Tatap dan lihat orang yang sedang berdiri tegap didepan anda, lalu tanyakan kepadanya.. Tanyakan dengan tegas, -Siapa kamu? -Apa tujuan besar hidupmu? -Apakah kamu tahu, tujuan Tuhan menciptakan dan menghadirkan kamu dimuka bumi ini? -Apakah kamu sudah tahu, misi dan peranan besar yang Tuhan amanahkan kepadamu? -Apakah kamu merasa keberadaan kamu di muka bumi ini adalah sebuah kebetulan, atau memang sudah menjadi rancangan besar Tuhan? -Mengapa tujuan ini sangat penting bagi kamu? -Mengapa tujuan ini mutlak harus terjadi dan tidak ada pilihan lain? -Apa pentingnya tujuan ini bagi kehidupan masa depan mu? -Apa yang terjadi jika tujuan ini tercapai? -Apa yang akan kamu dapatkan? -Apa...