Skip to main content

Ketika Memimpikan Seseorang, Apakah Seseorang Itu Teringatkan Kita?

Ramai orang yang berkata kalau mimpi itu hanya mainan tidur, jadi dengan kata lain mimpi itu tak ada erti dan makna sama sekali. Tapi banyak juga orang yang percaya dengan mitos yang mengatakan kalau kita mimpikan seseorang, berulang kali ia hadir di mimpi kita, hampir setiap tahun itu tandanya ia sedang merindukan kita. Betulkah kenyataan itu?


Mesti kita pernah memimpikan seseorang yang sama berulang kali, atau ketika kita tidur, seseorang yang pernah ada dalam kenangan lalu hadir di mimpi kita, lalu kita percaya bahawa seseorang itu tersebut masih teringatkan kita. Seorang pakar psikologi, Sigmund Feud pernah mengkaji kesan psikologi dari mimpi dan kaitannya dengan pemikiran sedar manusia. Sudah jelas bahawa perasaan kita sebenarnya masih berhubung dengan pemikiran kita walaupun kita sedang tidur nyenyak.
Sigmund Freud juga pernah mengatakan bahawa jika seseorang ingin memahami apa yang terjadi di "dunia nyata", seseorang perlu mengetahui apa yang terjadi di bawah alam sedarnya. Kerana ketika seseorang itu bermimpi, alam bawah sedarlah yang memainkan peranan penting.


Ketika kita mimpikan seseorang yang pernah kita kenal, baik itu  yang rakan sekolah, sahabat yang sudah pergi entah kemana, ataupun insan yang pernah bertahta dihati kita, mungkin juga mereka memiliki erti penting dan makna yang besar dalam hidup kita. Dr. John Meyer, seorang Professor Psychology dari University of New Hampshire mengatakan, ketika kita bermimpi melihat orang yang sama dan berulang kali dalam mimpi, itu adalah sebuah tanda tekanan dalam fikiran dibawah alam sedar kita.
Dr. John Meyer juga berkata, kita sebaiknya mengingat kembali, apakah kita memiliki masalah yang perlu diselesaikan dengan orang yang berulang kali hadir alam mimpi. Mungkin jugak tanpa kita sedar kita telah membuatnya marah, membuatnya terluka kerana kita, tetapi kita terlalu malu untuk meminta maaf, atau kita telah dikecewakan atau mengecewakan tanpa kita sedar tentang hal itu telah menciptakan perasaan tertekan pada diri kita selama bertahun-tahun. Cara untuk menghentikan mimpi itu, kita harus menemui orang itu dan menyelesaikan masalah dengannya.
Tetapi jika kita yang telah dikecewakan, Dr Mayer menyarankan agar kita mencuba untuk melupakan kejadian itu dan menerimanya dengan lapang dada dan memilih untuk redha dan ikhlas. Jangan terlalu percayakan diri yang menganggap mimpikan orang yang sama berulang kali, tandanya orang itu lagi rindu atau teringin sangat untuk bertemu dengan kita. Sedangkan kita sudah lama dilupakan.........

Comments

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara saya s

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s