Skip to main content

Ajaibnya Makna Sebuah Kecantikan


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.
Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia.
Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

Comments

Popular posts from this blog

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara sa...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...

Istikharah : tapi hanya 1 pilihan ??

Seminggu yang lepas saya mendapat panggilan daripada rakan saya.dia tidaklah begitu rapat dengan saya, dan saya tidak begitu mengenali dia.. ketika menerima panggilan saya masih lagi di pejabat membilang pusingan jam menunggu waktu balik. hampir 30 minit saya berbual kosong sekadar bertanya khabar dan perkembangan terkini, memandangkan masing2 sudah melangkah ke alam kerjaya. dia terlebih dahulu melangkah ke alam pekerjaan setelah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan ketika dia berada di semester 2. dia merupakan "junior" saya di ipt.tetapi berlainan bidang pengajian, dia lebih tua 2tahun dari saya. perkenalan kami bermula di dalam sebuah organisasi yang turut disertai bersama. saya mengenali dia disebabkan dia merupakan ajk bawah bimbingan saya. saya sempat mengenali dia hanya 5 bulan. selepas dia keluar dari ipt kami hanya berhubung melalui fb sekadar berbalas komen gambar,jarang sekali berbual berchating jauh sekali untuk bermesej.. perbualan kami banyak ketawa darip...