Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang. Seronokkah menjadi anak tunggal? Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...
melakar bicara yang tak terungkap dengan kata
Comments
Post a Comment