Skip to main content

Manfaatkan Diri Untuk Orang Lain

Duhai diri! berusahalah untuk menjadi muslim yang bermanfaat buat orang lain..
Berusahalah! Ku memohon padaMu Ya Allah,
‘Berikanlah keputusan yang terbaik dalam setiap apa yang hambamu ini lakukan. Engkau tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diriku dan buangkanlah sikap2 mazmumah yang ada dalam diriku. Tetapkanlah pendirianku dalam keputusan dan jauhkanlah daku dari melukakan insan yang berinteraksi denganku.amin.’..
Alhamdulillah, leganya hati saya.. Inilah salah satu cara untuk saya zahirkan suara hati.

Bagaimana pula dengan redha insani?..Aku insan biasa...Dan sebagai insan biasa, sudah pastinya pernah berasa kepayahan sekaligus tertewas dalam menjaga hati setiap insan yang disayangi disisi. Bertindak demi kebaikan diri sendiri atau mengorbankan sedikit keperluan diri untuk kebahagiaan atau kepuasan hati orang lain. Menjaga hati diri sendiri atau menjaga hati insan disisi?.. Mengikut fatwa hati yang boleh melukakan hati teman disisi atau menentang fatwa hati demi memuaskan hati mereka yang disayangi?..
Kagum saya dengan seorang sahabat yang sanggup mengorbankan masanya untuk kebaikan orang lain, sedangkan bila ditanya tentang tugasnya yang tertangguh, dengan tersenyum dia hanya membalas senyuman sambil berkata,
“Semoga Allah memudahkan urusan seterusnya.”

Comments

Popular posts from this blog

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya… Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh s...

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...