Skip to main content

Posts

Bond of Love - Doa Rabitah

Baca doa rabitah untuk saya setiap hari ya! “ Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluar...

Ciptakan Perubahan

Mendung diciptakan bukanlah sekadar untuk membuat langit menjadi gelap gelita. Namun ia hadir untuk memberi khabar gembira akan sejuknya air hujan yang akan turun membasahi bumi tercinta. Luka bukanlah untuk kita rasa tersiksa semata-mata. Namun, ia tercipta agar kita sedar bahwa kita hanyalah manusia biasa yang mudah tergores kerananya. Setiap kesalahan yang pernah kita lakukan sehingga menoreh luka adalah sebahagian dari proses untuk membentuk kepribadian diri. Oleh itu, jangan menyesali semua kesalahan yang kita lakukan. Tapi sesalilah jika tak mampu menciptakan perubahan.

Hadirnya Kebahagiaan

Kebahagiaan akan hadir saat kita berjaya mengatasi sikap yang paling dibenci dalam diri kita. Kedekut? Cuba sedekah. Pemarah? Cuba bersabar. Dendam? Cuba maafkan. Jika terlalu sukar, cuba hanya sekali. Hanya sekali Selepas itu, lihatlah hasilnya Bagaimana? Nilai sedalam-dalamnya, hati kita tenang atau sebaliknya.

Hargai Peluang

Semua orang ada PELUANG, Ambil segera jangan DIBUANG. Ada PELUANG jangan TERLEPAS, PELUANG pergi tinggallah HAMPAS. PELUANG berada DIMANA-MANA, Gunakanlah PELUANG dengan BIJAKSANA. Dulu disebut PELUANG KEEMASAN, Jangan sampai ditimpa KECEMASAN. Rebutlah PELUANG semasa ADA, Tak guna menyesal sesudah TIADA. PELUANG itu satu KESEMPATAN, Murah REZEKI sumber PENDAPATAN. PELUANG datang dari SINI SANA, REZEKI muncul tanpa RENCANA. PELUANG mungkin dilain TEMPAT, Ada REZEKI InshaAllah DAPAT. Jika sungguh nak cari PELUANG, Jangan takut untuk BERJUANG. Jika tidak diberi PELUANG, Cuba lagi ada masa TERLUANG. PELUANG hadir pada LAIN MASA, TABAHKAN HATI jangan PUTUS ASA. HARGAIlah PELUANG yang ALLAH BERI, PELUANG HIDUP SEBELUM MATI.

Ikrar Perjanjian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. . Tuhan yg tidak putus2 memberi nikmat pada setiap hambaNYA Fakir miskin Kaya tua muda, segenap manusia yg di ciptakanNYA tidak lepas dr limpahan kurniaanNYA. Namun angkara dunia yg Fana' sbg markas Syaitan Laknatullah... Kita lupa akan perjanjian kita di Alam Lahut, Allah berfirman "Alastu birabbikum???", . "Bukankah AKU ini Tuhanmu???, Lantas ruh menjawab.. "Benar engkau adalah Tuhan kami, Tapi hakikatnya bila di dunia manusia Leka dan lalai, Mereka alpa, lupa akan segalanya, Asyik dgn dunia Meremehkan perkara yang ringan, Lantas dgn KasihNYA... Diturunkan kitab Samawi yang memberi peringatn kepada manusia, Firman Allah... "Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari Perjumpaan dgn ALLAH di Akhirat.. Renungkanlah, bagaimana jika ALLAH bertanya kepada kita "Hamba- ku, Aku ini milikmu , lalu kamu milik siapa? Aku bersamamu, lalu kamu bersama siapa?" Wallahu alam.

Istikharah : Pilihan dan Istikharah

I.S.T.I.K.H.A.R.A.H……Sebelum ini saya ada menulis tentang kisah ni..ramai yag bertanya bagaimanakah kesudahannya.. Rasanya genap sudah 4tahun, kisah yg kian berlalu pergi dari sudut ingatan kecil saya.. ketika itu saya masih mentah dalam membuat sebarang keputusan setelah hati ini pernah disiat siat dilukai oleh orang yang saya pernah sayangi satu ketika dahulu… kata-kata dibawah ini sudah cukup untuk menghuraikan segala-galanya mengenai sesuatu yang dinamakan “pilihan”… ‎ "Kita belum pasti akan berkahwin dgn orang yang kita cintai, tapi YANG pasti kita wajib CINTAI orang yang kita nikahi.." Pilihan… suatu permulaan baru sebuah kehidupan. Saya menamatkan pengajian dan mengambil keputusan untuk membawa diri dan mencari pekerjaan. Saya memulakan kerjaya yang impikan di tempat jauh daripada keluarga. Hanya sahabat menjadi tempat bergantung harap. Ketika merantau, takdir mempertemukan kembali saya dengan seorang kenalan lama yang sangat saya hormati, set...