Kadangkala, Allah sukarkan jodoh kita, Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga, Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata. Kadangkala, Allah sukarkan kita menimang cahaya mata, Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya. Kadangkala, Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa, Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata. Kadangkala, Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata, Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka. Kadangkala, Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas), Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya. Dan ada juga ketikanya, Allah sukarkan kita dengan segala-galanya, Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha. Subhanallah, Nikmat Allah itu luas. Kadangkala, Tidak terjangkau oleh akal fikiran, Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya, Lalu tinggal kita...