Skip to main content

Posts

Ini Sudah Cukup..

Cukuplah ini sebagai hantaran.. Biarlah ikatan ini bermula dengan kerahmatan ALLAH.. Bukan niat ingin memberi bebanan, tapi hanya berlandaskan 1 permintaan.. Bimbinglah daku sebagai BAKAL ISTERI MU, diatas jalan keredhaan.. Bukan dengan tingginya nilai hantaran sebagai ukuran.. Biarpun kamu miskin HARTA, tetapi kaya dengan didikan AGAMA.. yang boleh membawa ku menuju redha-NYA.. seseungguhnya aku ini hanya insan hina dan tidak sempurna.. terimalah aku apa adanya.. bimbinglah aku, ajari aku tentang agama yang satu.. dekatkan diriku pada-Nya seperti mana dekatnya dikau dengan ku.. Hantaran itu.....>>> ..sehamparan sejadah.. ..sepasang telekung.. ..senaskah al-quran.. ..sebuah rehal.. ..seutas tasbih.. nukilan, Bukan Bidadari

"Kesedihan" Seorang Anak Tunggal

Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang.  Seronokkah menjadi anak tunggal?  Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Antara kekurangan saya menjadi anak tunggal. 1) Tak boleh berkongsi kenikmatan Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? Rumah besar-besar nak buat apa? Sepatutnya rumah itu riuh rendah dengan suara abang, kakak, adik dan anak-anak sedara. "Dan kau ingat kau punya dapur besar tu boleh masak sorang ke? pastu sendiri masak sendiri makan." (huh xde feel nk mkn,sunyi...) Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Doremon bersama2, tgk Jo Jambul sambil main belai2 rambut, melantak rojak buah pelam tepi sungai sambil tgn dok mengail ikan selat, ataupun mengintai anak jiran yang hensem2, semuanya lebih seronok kalau dilakukan bersama adik-beradik...

Share : Damba Cinta MU

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu Kusering melanggar laranganmu Dalam sadar ataupun tidak Kusering meninggalkan perintahMu Walau sadar aku milikMu Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar Pagiku ingat petang ku alpa Begitulah silih berganti Oh Tuhanku Kau pimpinlah Diri ini Yang mendamba cintaMu Aku lemah Aku jahil Tanpa pimpinan dariMu Ku sering berjanji di depanMu Sering jua kumemungkiri Ku pernah menangis karenaMu Kemudian tertawa semula Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar pagi ku ingat petang ku alpa Begitulah silih berganti Oh Tuhanku, kau pimpinlah diri ini Yang mendamba cintaMu Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun Kepada hamba-hambamu Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu Tapi tidak pula aku sanggup kenerakaMu Kutakut kepadaMu ...

Memendam Perasaan Itu Jihad

  betulkah bahawa memendam perasaan daripada memberitahu kepada orang yang kita suka itu satu jihad? kenapa??  melalui usrah yang saya ikuti baru-baru ini, saya mempersoalkan hal ini kepada seorang ustazah dan naqibah dalam majlis tersebut... dan jawapan yang saya dapat daripada persoalan saya.. jihad melawan hawa nafsu kalau kite suka kat seseorang, tp kita tak pernah bagitau dia dan dia tak tau perasaan kita kat dia... kalau kita meninggal dunia, dikira kita mati dalam keadaan berjihad.. hanya ALLAH tahu, kita dan DIA sahaja, kita yakin dgn DIA sebab tu kita tak cerita pada orang dan orang yg kita suka, mungkin boleh timbul fitnah dan pelbagai lagi, jadi merahsiakan itu lebih baik dari menghebahkan saya nak sertakan maksud hadis2 dr pembacaan saya dlm buku Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul...: " sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid."   (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lai...

Bila Harus Mengakhiri "Jangan Patah Hati"

luka di jari terasa sakit hanya beberapa hari  dia menutup lagi dengan meninggalkan bekas,  dan luka di hati tidak pernah terlihat tetapi begitu pedih, perih dan sakitnya terasa sangat lama. itulah yang terjadi ketika hubungan kita dikhianati , terasa semua pengorbanan  sia-sia, segala kebaikan tidak ada ertinya sekarang tinggal menjadi sampah yang terbuang. cinta tidak pernah salah dan sebaiknya tidak menyalahkan cinta atas penghianatan ini, mencintai hanya memberi dan tanpa mengharapkan balasan, sehingga tidak pernah merasa rugi jika berdasarkan ketulusan seperti kita memberi bantuan kepada orang dan orang itu lupa dan pura-pura tidak ingat kepada kita. seperi ALLAH mencintai kita tanpa mengharapkan balasan, bila mana kita lupakan-NYA DIA akan menerima kita saat kita bertaubat dan kembali pada-NYA. PATAH HATI - SAUJANA KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU RUPA HILANG SERI MANAKAH MANISNYA KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU MADAH TAK BERLAGU MANAKAH G...

share : Wanita & Matematik

Bukan nak berkisah tentang berapa peratus pakar matematik wanita di dunia berbanding lelaki.  Cuma berkongsi teori tokoh matematik Islam. Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ; Dia menjawab : Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100 Jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000 Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0". Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. Nabi pernah menangis memikirkan wanita selaku penghuni paling ramai di neraka kerana tidak tahu menjaga 'antara dua rahang' iaitu mulut dan 'antara dua kelengkang' iaitu kemaluan.  Wanita diberi 1/10 akal dan lelaki 9/10. Justeru, 'antara dua rahang' wanita selalu saja menyebut perkara yang tak masuk akal apabila dikuasai nafsu amarah. Umpat dan fitnah jad...

Jangan Bersungut

Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya. ~menulis berdasarkan pengalaman, berkata-kata melalui pemerhatian....