Skip to main content

Posts

Ujian

  Teguran Allah: Hikmah Di Sebalik Ujian Kehidupan Setiap insan pasti diuji oleh Allah SWT dalam pelbagai cara. Ujian datang dalam bentuk kesakitan, kehilangan, atau kegagalan, tetapi di sebalik itu tersembunyi teguran lembut daripada Allah yang bertujuan menyedarkan kita tentang kelemahan diri dan perlunya kembali kepada-Nya. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:   "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Ini menunjukkan bahawa setiap ujian yang kita terima adalah dalam kemampuan kita untuk menghadapinya. Sering kali, kita terleka dengan kehidupan dunia sehingga lupa bahawa hidup ini lebih dari sekadar bernafas dan mengejar kesenangan. Tanpa teguran dari Allah, mungkin kita akan terus hanyut dalam arus duniawi. Teguran Allah berupa ujian adalah panggilan untuk kita memperbaiki diri, memuhasabah kekurangan dan kembali kepada jalan-Nya. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, m...

Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah s.a.w.

CERDASNYA orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah s.w.t.. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w. itu adalah: Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua : Membaca al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid ...

Perjalanan ini

  Perjalanan hidup tiada yang mudah kerana ujian adalah sebahagian daripada kehidupan.   Hati yang lapang akan membantu diri menempuh hidup dengan lebih tenang dan lebih bermakna. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya betapa hatinya terobek... Cederanya parah hingga terasa nyawa tersekat di hujung nafas.... Untuk  mengikhlaskan itu, Allah juga tahu bukanlah  Semudah berkata kata.. Untuk bangkit itu, Allah juga tahu ia sangatlah susah. Namun bersama Allah hatinya jadi terpujuk segala gundah.... Hakikat perjalanan hidup ini terlalulah misteri.... "Ya Allah... tiada JALAN yang MUDAH, kecuali dengan izin-Mu... Sesungguhnya PERJALANAN hidup ini adalah salah satu daripada UJIAN-MU... Seandainya kami BERDOSA pada hari ini, Engkau SUCIKANLAH dan AMPUNKANLAH dosa-dosa kami... Namun seandainya KEBAIKAN yang kami lakukan hari ini, Engkau KEKALKANLAH dan REDHAKANLAH... kerana sesungguhnya Engkau Maha PENGAMPUN lagi Maha PENYAYANG..." Amin Ya Rabbal ...

Hidup adalah Perjalanan Menuju Mati

Sahabat.... Hidup adalah sebuah perjalanan. Tidak penting dimana kita berawal, tapi yang penting ialah dimana kita akan berakhir. Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan. Dunia kita kumpulkan untuk ditinggalkan. Akhirat kita siapkan bekal untuk didatangi, karena kita akan pulang ke sana. Bila kita mengumpulkan dunia terlalu banyak, maka hati akan terasa berat untuk meninggalkannya, sebab cinta dunia menjadi kuat. Bila kita memperbanyak bekal akhirat, seakan tak sabar ingin pulang ke sana, sebab bekal yang diantar kesana sudah cukup banyak. Mati pun tersenyum gembira. Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat. Wahai orang yang menyibukkan diri dengan dunia, yang melalaikan diri dengan panjangnya angan-angan, sadarilah kematian itu datang dengan tiba-tiba...

Jika Hari Ini.......

 Hujan turun...tidak pernah menunggu sama ada kita telah atau belum sediakan payung. Demikian pula kematian...ia akan datang menjemput setiap saat, tak peduli sama ada kita telah atau belum siap menyambutnya. Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara, Maka bicaralah yang baik-baik. Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda, Maka berguraulah dengan penuh kasih sayang. Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara, Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat. Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an, Maka hayatilah makna setiap ayat dengan penuh insaf. Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyuk, Maka banyakkanlah doa jangan alpa. Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang, Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang. Mana tahu esok semuanya tiada lagi Mana tahu esok kita pula akan disolatkan. 

Dengan Al-Quran

 Apapun keadaan, bacalah alquran. Dengan alquran, hati yang gelap mencari terang. Dengan alquran, hati yang kotor kembali bersih. Dengan alquran, diri yang jahil menjadi alim. Dengan alquran, jiwa yang kabut menjadi tenang. Dengan alquran, jiwa yang resah menjadi bahgia. Dengan alquran, hati yang keras menjadi lembut. Dengan alquran, umat yang rosak menjadi yang terbaik. Dengan alquran, tamadun yang runtuh bangkit kembali. Dengan alquran, musuh yang rakus tertunduk hina. Jika...  Jika alquran di baca, di amal, di hayati, di sampaikan, di tadabbur, di patuhi, dan menjadi panduan hidup.

Vanilla Coklat

Di dunia moden hari ini… Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya... Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,.. Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,.. Tanpa gemerincing loceng gelang kaki... Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,.. Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,.. Tanpa pakaian menjolok mata.... Susah??? Memanglah.... Jiwa muda.... Warna-warni menggamit mata... Rasa ingin mencuba membara-bara... Tapi harus sedar diri,... Tanpa semua itu pun,... Kamu sudah pun menjadi perhatian... Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,... Biar tidak up to date,.. Biar tidak bergaya.. Yang Penting.. Hati.. Dan Amalannya.. Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya.. MasyaAllah.. Wanita.. INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA.. JAGALAH SEGALA AMALANMU.. INSYALLAH.. DIRIMU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA..

Utamakan Allah

Sebaik mana pun niat kita... Manusia tetap menilai luaran kita... Sedangkan sehebat mana sekalipun... Luaran kita ALLAH tetap menilai niat kita. Justeru utamakan niLaian ALLAH Berbanding dengan nilaian manusia... 👉🏻Imam Asy-Syafie Ra berkata: Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan atas kamu pedihnya sebuah pengharapan. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain DIA.

Jangan Menilai Masa Silam Orang

 Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silamnya.. Betapa banyak diantara kita yang memiliki masa silam yang kelam. Jauh dari Allah, jauh dari sunnah, jauh dari hidayah, tenggelam dalam dunia yang menipu, terumbang-ambing dalam kemaksiatan. Bukankah para sahabat Rasulullah S.A.W juga terdahulunya turut berada dizaman jahiliyyahnya? Akan tetapi tatkala cahaya hidayah menyapa hati mereka, jadilah mereka generasi terbaik yang pernah ada di atas muka bumi ini. Pasti kita pun turut memiliki masa lalu yang penuh dengan kerosakan, yang mungkin kebanyakan orang tidak mengetahui masa lalu kita. Sebagaimana kita tidak ingin orang lain menilai kita dengan melihat masa silam kita, maka begitu jugalah pada mereka yang telahpun berubah. Yang utama adalah bagaimana kesudahan seseorang itu, tatkala akan meninggalkan dunia. Bukan masa lalunya.  “Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.” [Riwayat Al Bukhari]

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW  bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada sahabat yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan  Pengajaran: 1.  Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki. 2.  Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ...

Al-Quran Sebuah Petunjuk

 Sesungguh, Al Qur'an itu memberi petunjuk ke (jalan) yg paling lurus dan khabar gembira kepada orang mukmin yg mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yg besar. Dan Sesungguh AL-Qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...?      Ya Allah..... Jadikanlah Al-Quran sebagai imam..cahaya..hidayah dan sumber rahmat bagi kami… Jadikan lah al quran sahabat karib dan penyuluh kehidupan kami..... Paut dan dekatkan juga hati kami dengan Al Quran... Ya allah.... Selalu jentik hati ini dan Didiklah hati ini supaya sentiasa sandarkan kesedihan dan perit ujian itu hanya pada MU dan sentiasa berpegang teguh dengan kalam MU....  Jadikan lah Al Quran itu juga sahabat baik kami ya allah..  Jadikan juga Al Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup kami ya allah... 👉🏻 Sabda nabi s.a.w: sebaik baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya. 👉🏻 Sabda nabi s.a.w : Aku Tinggalkan kepada kamu dua perkara...

Jangan Bangga Diri

 "Jangan bangga dengan keadaan kita yang sekarang. Alhamdulillah, Allah memilih kita untuk berada dalam jalan kekasih-Nya.  Tetapi, itu bukan lesen untuk kita mempertikai kebaikan dan keburukan orang lain.  Hati-hati dengan rasa bangga diri..... Bila terlihat seseorang melakukan kebaikan, berdoalah supaya kita turut mendapat manfaat daripada kebaikan orang itu.  Jika terlihat keburukan seseorang, beristighfarlah dan berdoalah supaya Allah mengampunkan seluruh Umat Muhammad s.a.w kerana pada hakikatnya, keburukan yang kita lihat itu sebenarnya adalah diri kita sendiri.  Ketahuilah bahawa setiap apa yang berada dalam dunia ini adalah cerminan hakikat diri kita.  Jika kita lihat sesuatu itu baik, bermakna diri kita berada dalam kebaikan.  Begitu jugalah sebaliknya. Ingat, kebaikan kita adalah kerana Allah yang menganugerahkannya dan menutup aib kita.   Jangan memandang hina pada orang lain..... Hanya dalam sehela nafas atau sekelip mata sahaja A...

Bersangka Baik Dengan Allah

Suatu saat ALLAH MENYEMPITKAN ... supaya kita tidak hanyut dalam KESENANGAN dan menjadi SOMBONG... Suatu masa ALLAH MELAPANGKAN .. supaya kita BERSYUKUR kepadanya..." Boleh jadi kamu MENBENCI sesuatu padahal ia AMAT BAIK UNTUKMU, boleh jadi kamu MENYUKAI SESUATU padahal ia AMAT BURUK BAGI MU... ALLAH MAHA itu Maha mengetahui .... Sedangkan kamu tidak MENYEDARINYA... Setiap saat setiap detik sentiasa didik hati bersangka baik dengan ALLAH.... Ya kadang2 terbabas tu biasa sebab kita dalam proses perbaiki diri.... Bukan hari ni buat hari selalu akan dapat apa yang kita nak.... Perlu masa dan waktu kadang2 makan masa bertahun tahun.... Ujian setiap orang berbeza beza takkan pernah sama..... Dan kadang2 pasti allah akan uji dengan apa yg kita tak duga... Yakin dgn allah insyaallah pasti akan baik baik saja....

Kerjakanlah Kebaikan

 Apa pun yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.Bersangka baik dengan Allah....Kelak kita pasti bahagia 🎈 KERJAKANLAH KEBAIKAN  Firman Allah SWT : وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ یَعۡلَمۡهُ ٱللَّه [Surat Al-Baqarah 197] ‎Terjemahan : "Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah"....

Sabar Tak Bertepi, Syukur Tak Berhujung

Tidak ada kebahagian yang datang terus menerus, demikian pula sebaiknya. Teruskan berjalan, jangan berhenti sepahit apapun hidup, jika dengan iman, hadapilah.. ALLAH akan menolongmu.  Jika kita sedang susah mendekatlah kepada ALLAH dengan bersabar. Jika kita senang,  mendekatlah kepada ALLAH dengan bersyukur. Bersyukur itu nikmat, sabar itu indah. Semoga Tuhan permudahkan apapun juga yang kita kerjakan..

Makna Syukur

Sesungguhnya syukur nikmat itu adalah dari Allah SWT, maka semakin ia banyak bersyukur dan Dia akan makin bahagia terhadap nikmat yang sudah ada.... dan dengan syukurnya itu lah yang akan mengundang nikmat yang belum tentu ada. Jadi... antara kehebatan syukur adalah dengan kehebatan keinginan jauh lebih hebat kita jika kita tahu erti apa itu nikmat bersyukur. Orang yang sentiasa bersyukur lebih terjamin daripada orang yang banyak keinginan..... Banyak orang lebih fokus pada keinginannya...dan kurang mensyukuri apa yang kita sudah miliki... Bukan tidak boleh memiliki keinginan, namun jangan sampai keinginan tersebut menghilangkan rasa syukur terhadap nikmat yang sudah ada. Sahabat ketahuilah kurniaan Allah SWT itu terlalu indah... Ingat jika Bila diri merasa belum kaya,ingatlah bahwa di dunia ini tidak harus semua orang mesti kaya. Allah Maha Teliti dalam mengatur setiap urusan rezeki hamba-hamba-Nya. Seorang yang selalu bersyukur tidak akan rasa tergugat dalam  persaingan hidup. Ka...

Muhasabah Buat Hati

Yang kita dapat, Tak semestinya kita suka, Yang kita minta, Belum tentu yang terbaik buat kita. Yang terbaik buat kita, Tidak semestinya Allah suka.. Redha dengan apa yang kita ada, Kerana itulah yang terbaik buat kita.. Walaupun itu bukan yang kita suka.. Belajar tawakal dari ujian. Belajar redha dari ketentuan. Semuanya Milik tuhan ..

Selamat Hari Lahir Penasihat Jiwa

 Jemari menghitung hari, Hati membilang waktu, Sannah Helwah my dearest sister Zarina Mohd Tahir🍰 Yang sentiasa memaknakan segala kegalauan. pemberi nasihat dalam nukilan tinta yang tidak pernah berakhir. tidak terluah mahu diungkap dengan sebuah kata.. seringkali membiarkan hati yang berbicara. terima kasih kerna senantiasa berada dilaman itu. melepaskan beban daku yg lama terkunci. Semoga dilapangkan rezeki, dipanjangkan umur agar bisa terus mencari gali redha Ilahi. semoga Allah melindungi langkah perjalanan hidupmu. semoga pelangi ukhwah ini utuh tanpa ada kemarau dihati semoga kenangan kita tidak larut diarus rindu. semoga kasih sayang ini kekal hingga penghujung usia kita. nasihat kamu daku jadikan kolek mengemudi hidup ini. terima kasih atas sebuah ukhwah dan silaturahim ini @mekardesa insan yang sekian lama tidak bertinta di mana-mana halaman. website dan blog pun udah lama dibiarkan berhabuk. dunia penulisan aku seolah sudah berakhir dan berlalu bersama kenangan.

1 August 2023

 1 Aug 2023 Menjelang Asar semalam, aku terima panggilan telefon dari rakan kerja.  Anak muda yang gigih berusaha mencapai apa yang dicita. Ibu muda kepada tiga orang anak yang  masih kecil.   Suara di hujung talian sekadar bertanya khabar yang bernada sebak. Kubiarkan sahaja apa yang ingin diluahkan.  Harus belajar mendengar. Waktu serabut begini, bukan kata kata yang diperlukan.  Cukup hanya dengan mendengar. Aku tekun mendengar. Walau masih cuba memahami di mana pangkal cerita, jiwa yang sangat rapuh waktu ini hanya perlu tempat untuk meluah.  Hingga akhirnya, dapat aku fahami di mana bermula rasa resah dan kecewa. Dik, Beginilah kehidupan Hanya tenang sahaja akan menjernihkan aqal dan emosi Tenang akan beri jalan rasional Duduk lah diam diam Renung dalam dalam Susun apa dan siapa, dan di mana kepentingan dan utama Tenang sendiri adalah yang pertama Urus bahagia diri dulu Kerana kita ada keluarga yang sayang kita dan kita sayang mereka Mereka tiada ...

Caru Ti : 20 November

Menjalani lagi hari demi hari tanpa kamu. Ku fikirkan telah jauh aku tinggalkan. Namun cahaya cinta ini sering menjelmakan bayang engkau. Di mana-mana. Ku fikir ku sudah gila. Gila bayang kata mereka. Hinakah tingkahku ini? Saatku menzahir rasa hati yang tiada sembunyi? Bila sendiri hanya bayangmu yang menemani. Seorang lagi. Saat telefon sepi. Saat rumah sunyi. Membuka kotak lama di bawah kamar. Tiada debu. Masih baru. Membaca warkah lama. Senyum sendiri. Air mata di pipi. Sudah puas merindu. Diam dalam mata yang pejam. Sebak benar dada. Tiada udara. Separuh nafasku hilang. Ada pada rindu yang kecam. Adakah engkau tahu sayangku?? Ruang kalbu kian membengkak. Menanti bernanah bisa. Adakah engkau peduli sayangku?? Barah yang makin menjalar kejam Menanti nadi terhenti. Meski hanya nafi di beri. Ku tetap disini menanti. Biarku gila. Biarku hina. Biar pipi tersorong-sorong. Selagiku bernazam hamba. Selagi itu aku setia. Menanti ria di kilas duka.