Skip to main content

Posts

Kebaikan Tidak Semestinya Dihargai

Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat. Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia. Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya. Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi Tuhan pemilik semua yang baik.

Berpegang Pada Tali Allah

HATI hidup dengan dua hubungan... Dengan Tuhannya dan juga dengan manusia lain.. Dengan Tuhannya ... hati berhubung dengan ilmu, makrifah, keyakinan, keimanan, zikir, doa, tawakkal, ikhlas ... Dengan manusia lain ... hati berhubung dengan kasih sayang, ukhuwah, perkongsian suka duka, ambil berat, jujur ... Justeru... bila keduanya atau salah satunya semakin hilang dan terhakis , .. tunggulah saat matinya hati itu.... ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ ال عمران ١١٢ Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. Ali 'Imran : 112

Manusia menyebut nama seseorang.........kerana....

Kebiasaannya seseorang manusia menyebut nyebut nama seseorang yang lain atas sebab ingat... Mana kala ingat tu terbagi pada dua pekara.. Samaada - marah.. benci.. meluat.. kecewa.. tak suka dan sebagainya yang tidak mencerminkan pekara baik. - sayang.. rindu.. hargai.. hormat.. kasih.. dan sebagainya yang bermaksud kebaikan Moga kita termasuk: Kerana orang yang mencintai sesuatu.. tentu akan banyak mengingat dan menyebutnya. Ini menjadi sebab tumbuh dan bersinambungnya kecintaan. Yang dimaksud banyak mengingat dan menyebut beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.. Di antaranya: Menyampaikan selawat dan salam kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.. untuk mengamalkan firman Allah. “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Faathir : 56]. Juga hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.. bil...

Tafsir Diri

Jika mahu DI HARGAI Kita dahululah yang harus menghargai Jika mahu DI HORMATI Kita dahululah harus menghormati Jika mahu DI MENGERTI Kita dahululah yang harus mengerti Jika ingin DI SAYANGI Kita dahululah yang harus menghulurkan KASIH SAYANG. INGATLah Jangan NERAKAkan makhluk ALLAH sedangkan diri sendiri belum pasti ke SYURGA

Usaha Menentang Hawa Nafsu

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan,  diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada ALLAH.  Nafsu itu makhluk ALLAH, maka ALLAH sahaja yang  mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai  dirinya sendiri  (nafsu).  Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri  perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan  interaksi yang harmoni dengan Ilahi.  Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika ALLAH  permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan  menjadi mudah. Bantuan ALLAH inilah yang sangat kita  dambakan.  Malah inilah pesan Rasulullah SAW kepada Mu'az bin  Jabal dengan kata-nya: "Wahai Mu'az, aku sangat cinta kepadamu. Maka  selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau  lupa berdoa kepada ALLAH dengan doa ini:  Ertinya : "Ya ALLAH, bantulah aku mengingati-Mu,  bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah *aku  untuk memperbaiki ibadah kepada-Mu." (Ust ...

Jika ia memudharatkan, Jauhkanlah

Ya Allah. Jika ia memberi manfaat kepada aku dan kehidupan aku, kau kekalkanlah seperti sediakala. Jika ia memudharatkan aku, maka Kau jauhkanlah.. Ya Allah, Doa aku sentiasa ada untuk dia.. Insyaallah tak kan pernah putus dalam doaku, Juga mungkin akan kekal dalam sujudku.. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku dalam menghadapi hari hari mu, Dalam menghadapi perubahan yang sudah menjadi kebiasaan ini, Sungguh aku berpegang kepada kata kata dan janji ku, Yang doaku sentiasa ada untuk dia.. Ya Allah, Kuatkanlah hatiku.. Kuatkanlah hatiku.. Kuatkanlah hatiku.. Untuk menghadapi hari esok, Untuk menghadapi sebuah kehilangan, yaa yg bakal hilang, Kuatkanlah hati aku... Untuk lalui dan berhadapan dengan dia Kelak.. 11 Syawal : 9.20mlm

Jagalah Hatimu

Jagalah sebaiknya hati kamu Kerana ia begitu berharga Lebih dari intan permata.. Dan jangan biarkan ia terleka Oleh dunia yang indah tipudaya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sebuah wadah dari penduduk bumi, dan wadah Tuhanmu itu adalah HATI setiap orang-orang yang soleh" -Hadis Riwayat Thabrani- Ya Rabb.. selimutilah hati aku dan mereka, Dengan kelembutan dan kasih sayang