Skip to main content

Posts

Kenikmatan Hati

Kita sedang berada di sebuah taman. Semakin kita melangkah, kita menjumpai pemandangan yang menarik. Mula-mula, bunga-bungaan yang cantik, kemudian binatang yang comel dan jinak seolah-olah menyambut kehadiran kita. Akhirnya, sampailah kita pada air terjun yang meluncur laju. Airnya jernih. Suasana terasa dingin. Begitulah dunia... terasa begitu indah, begitu mempesonakan. Namun menikmati dunia berlebihan, boleh membawa manusia jauh daripada Tuhan. Dunia hanya kenikmatan badan. Ambillah sekadarnya. Yang hakiki adalah kenikmatan akhirat. Itulah kenikmatan hati.

Keberkatan Hidup

Ada SUARA yg tidak terdengar oleh Telinga, itulah SUARA HATI. Ada BENTUK yg tidak terlihat oleh Mata, itulah PIKIRAN. Ada AROMA yg tidak tercium oleh Hidung, itulah KEBAJIKAN. Ada RASA yg tidak terkecap oleh Lidah, itulah KETULUSAN. Ada SENTUHAN yg tidak teraba oleh kulit, itulah KASIH SAYANG. Ada KONDISI BATIN yang tidak terpikir oleh otak, itulah KESADARAN. ORANG YG KUAT adalah, Orang yg DAPAT BERSERAH saat Kekuatiran datang. Orang yg DAPAT MENGENDALIKAN DIRI saat Amarah menyerang. Orang yg DAPAT BERSYUKUR disaat Kekecewaan tak kunjung reda. Orang yg DAPAT TERSENYUM pada saat Terluka. Orang yg DAPAT BANGKIT saat Terjatuh. JIKA DALAM HIDUP INI KITA SELALU, Memancarkan CINTA KASIH, maka kita akan DiSAYANGI. BERMURAH HATI, maka kitapun akan MURAH REJEKI. BERWELAS ASIH, maka dimanapun kita akan TERLINDUNGI. JUJUR, maka kita akan menjadi orang yg DIPERCAYA. RENDAH HATI, maka kita akan menjadi orang yg DISEGANI. SEMANGAT, maka kita akan selalu MENG...

Bond of Love - Doa Rabitah

Baca doa rabitah untuk saya setiap hari ya! “ Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluar...

Ciptakan Perubahan

Mendung diciptakan bukanlah sekadar untuk membuat langit menjadi gelap gelita. Namun ia hadir untuk memberi khabar gembira akan sejuknya air hujan yang akan turun membasahi bumi tercinta. Luka bukanlah untuk kita rasa tersiksa semata-mata. Namun, ia tercipta agar kita sedar bahwa kita hanyalah manusia biasa yang mudah tergores kerananya. Setiap kesalahan yang pernah kita lakukan sehingga menoreh luka adalah sebahagian dari proses untuk membentuk kepribadian diri. Oleh itu, jangan menyesali semua kesalahan yang kita lakukan. Tapi sesalilah jika tak mampu menciptakan perubahan.

Hadirnya Kebahagiaan

Kebahagiaan akan hadir saat kita berjaya mengatasi sikap yang paling dibenci dalam diri kita. Kedekut? Cuba sedekah. Pemarah? Cuba bersabar. Dendam? Cuba maafkan. Jika terlalu sukar, cuba hanya sekali. Hanya sekali Selepas itu, lihatlah hasilnya Bagaimana? Nilai sedalam-dalamnya, hati kita tenang atau sebaliknya.

Hargai Peluang

Semua orang ada PELUANG, Ambil segera jangan DIBUANG. Ada PELUANG jangan TERLEPAS, PELUANG pergi tinggallah HAMPAS. PELUANG berada DIMANA-MANA, Gunakanlah PELUANG dengan BIJAKSANA. Dulu disebut PELUANG KEEMASAN, Jangan sampai ditimpa KECEMASAN. Rebutlah PELUANG semasa ADA, Tak guna menyesal sesudah TIADA. PELUANG itu satu KESEMPATAN, Murah REZEKI sumber PENDAPATAN. PELUANG datang dari SINI SANA, REZEKI muncul tanpa RENCANA. PELUANG mungkin dilain TEMPAT, Ada REZEKI InshaAllah DAPAT. Jika sungguh nak cari PELUANG, Jangan takut untuk BERJUANG. Jika tidak diberi PELUANG, Cuba lagi ada masa TERLUANG. PELUANG hadir pada LAIN MASA, TABAHKAN HATI jangan PUTUS ASA. HARGAIlah PELUANG yang ALLAH BERI, PELUANG HIDUP SEBELUM MATI.

Ikrar Perjanjian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. . Tuhan yg tidak putus2 memberi nikmat pada setiap hambaNYA Fakir miskin Kaya tua muda, segenap manusia yg di ciptakanNYA tidak lepas dr limpahan kurniaanNYA. Namun angkara dunia yg Fana' sbg markas Syaitan Laknatullah... Kita lupa akan perjanjian kita di Alam Lahut, Allah berfirman "Alastu birabbikum???", . "Bukankah AKU ini Tuhanmu???, Lantas ruh menjawab.. "Benar engkau adalah Tuhan kami, Tapi hakikatnya bila di dunia manusia Leka dan lalai, Mereka alpa, lupa akan segalanya, Asyik dgn dunia Meremehkan perkara yang ringan, Lantas dgn KasihNYA... Diturunkan kitab Samawi yang memberi peringatn kepada manusia, Firman Allah... "Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari Perjumpaan dgn ALLAH di Akhirat.. Renungkanlah, bagaimana jika ALLAH bertanya kepada kita "Hamba- ku, Aku ini milikmu , lalu kamu milik siapa? Aku bersamamu, lalu kamu bersama siapa?" Wallahu alam.