1 Aug 2023
Menjelang Asar semalam, aku terima panggilan telefon dari rakan kerja. Anak muda yang gigih berusaha mencapai apa yang dicita. Ibu muda kepada tiga orang anak yang masih kecil.
Suara di hujung talian sekadar bertanya khabar yang bernada sebak.
Kubiarkan sahaja apa yang ingin diluahkan. Harus belajar mendengar. Waktu serabut begini, bukan kata kata yang diperlukan. Cukup hanya dengan mendengar.
Aku tekun mendengar. Walau masih cuba memahami di mana pangkal cerita, jiwa yang sangat rapuh waktu ini hanya perlu tempat untuk meluah. Hingga akhirnya, dapat aku fahami di mana bermula rasa resah dan kecewa.
Dik,
Beginilah kehidupan
Hanya tenang sahaja akan menjernihkan aqal dan emosi
Tenang akan beri jalan rasional
Duduk lah diam diam
Renung dalam dalam
Susun apa dan siapa, dan di mana kepentingan dan utama
Tenang sendiri adalah yang pertama
Urus bahagia diri dulu
Kerana kita ada keluarga yang sayang kita dan kita sayang mereka
Mereka tiada ganti.
Aku tak ada jawapan dik
Duduklah bersama Dia
Kau pasti jumpa jawapan
Mohonlah
Hati tenang dan redha
Dengan jawapan yang diberi
Walau kadang, jawapan itu menyakitkan.
Itulah ISTIKHARAH.
Ku doa
Moga kau bertemu dengan TENANG itu.
From : Zarina Mohd Tahir
Comments
Post a Comment