Skip to main content

benar : IMAN tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Sejak dari kecil saya telah didedahkan dan seringkali lagu ini didendangkan di cuping telinga saya.Ini serangkap lirik lagu nyanyian kumpulan raihan bertajuk Iman Tidak Dapat Diwarisi.lagu ini membawa erti yang sungguh mendalam bagi saya..Cukuplah jika saya katakan seperti itulah kiranya gambaran tentang makna keimanan. Saya ambil contoh kecil di lingkungan sekitar kehidupan saya. Seorang ayah yang dengan zuhudnya menjalani hidup, begitu ikhlasnya mengarungi kehidupan, begitu sabarnya menapaki jalan kehidupan, begitu dekatnya dia dengan yang memberinya kehidupan, tapi siapa yang bisa menjamin kalau keturunannya akan mewarisi sifat dan perilaku si ayah tersebut? Tidak ada bukan? dan begitu juga sebaliknya, seorang anak yang tumbuh di lingkungan yang serba tidak baik, justru dia dapat hidup dengan baik, dekat dengan sang penciptanya…
Begitulah keimanan, tak dapat diwarisi oleh siapapun, sekalipun ada hubungan darah yang begitu erat. Iman yang membentuk adalah diri kita sendiri. Iman akan Allah akan mengantarkan kita pada kebaikan, kebaikan yang akan membawa kita pada akhir yang membahagiakan.

Ingatlah..Walaupun ibu ayah seorang alim ulama,belum tentunya anaknya alim kerana Iman Tidak Dapat Diwarisi!Keimanan dapat membentuk peribadi seseorang.Secara automatik,tingkah laku,adat bercakap,adat pergaulan,solat dan segala bentuk berkaitan dengan syariat Allah,Insya Allah dapat dijaga kerana Iman yang mengawal kita..

IMAN tidak boleh diwarisi. Iman perlu dicari.
Memiliki ibu bapa yang bertaqwa tidak menjanjikan kita pasti mengikut jejak langkah mereka.Semuanya bergantung pada diri kita sendiri..
Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang saya tempuhi sendiri dalam tempoh 2tahun mengharungi ujian & dugaan dari-NYA.
Setelah sesuatu perkara yang berada diluar jangkaan saya berlaku keatas diri saya, barulah saya CELIK dan mula MENGERTI akan makna IMAN yang sebenarnya..
Sesungguhnya saya sendiri pernah tersalah menilai dan menyalah ertikan makna IMAN yang sebenar. Mungkin saya kurang arif ataupun tidak mendalami makna Iman yang sebenar-benarnya.
"pengalaman belajar dari kesilapan itu lebih baik dari belajar daripada orang lain"

Kini,saya tidak terkejut dan hairan jika ada anak orang alim sebagai contohnya, Mufti, Ulama, imam kena tangkap.
Ataupun ibu yang pakai tudung labuh atau purdah tapi anaknya berdating kesana kesini, menjadi penagih dadah atau mengandung anak luar nikah. Jangan ingat anak seorang pelacur/pencuri akan mengikut kerjaya ibu bapanya nanti.
Kadang-kadang kita tak sangka seorang anak yang alim mempunyai seorang ibu bapa yang penipu dan perbuatan yang tercela. Macam-macam boleh berlaku di dunia ini.

Ini menunjukkan bahawa hubungan darah bukanlah hubungan hakiki setiap manusia.
Bilamana Allah datangkan kepada kita seseorang untuk membuka hati ke jalan-Nya, jangan kita ungkit status dirinya.
Mungkin orang itu lebih baik imannya berbanding kita dan telah mendapat hidayah dari Allah, walaupun satu masa dulu dia mungkin seorang penipu atau bekas banduan…
kerana Allah akan mengurniakan hidayah pada orang yang kita tidak sangka…
Wallahualam

Comments

  1. Allah telah bentangkan di dalam kitabNYA...anak serta isteri Nabi Nuh a.s mentah-mentah tolak keimanan.

    Dan juga Isteri Nabi Lut a.s mentah-mentah tolak keimanan.

    Itu hubungan dengan seorang Nabi Allah.

    Apakah nak di hairankan pada zaman ini..telah berlaku sedemikian pada dahulu kala. Dan peristiwa ini akan berlaku sampai ke hari Qiamat.

    ReplyDelete
  2. kenapa asyik keluar ni he

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki & perempuan....cinta & hanya kawan?

Boleh ke hubungan persahabatan lelaki dan perempuan menjalinkan persahabatan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti? lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza.bagi perempuan, berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan. berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta. **iyer ke aku nie selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di anta...

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai.. Kalau Dia Pergi.........

Mukadimah........... Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya... Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini... Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan  sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada.. Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara sa...