Mukadimah...........
Saya nak kongsikan dengan korang tentang topik yang agak menarik pada pandangan saya...
Setelah saya mengGOOGLE, rupanya topik ini menjadi perbualan ramai orang, bukan saya seorang saja yang merasai perkara ini...
Bila orang dengar topik ini ramai yang akan salah anggap ataupun salah faham, tambah2 lagi orang yang begitu berjurus dalam ilmu agamanya.. Maafkan saya jika berbicara sedemikian.. Ini memang hakikat yang berlaku dalam kehidupan sekeliling saya.. Bila kita mengatakan diri kita seolah2 xdihargai oleh insan yang kita sayangi, pastinya mulut mereka pantas menepis dgn pantas seolah2 perkataan TAK DIHARGAI itu ibarat TIDAK BERSYUKUR dgn apa yang kita ada..
Memang benar, kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada..SEADANYA.. tapi kadangkala, bila kita berbicara soal perasaan ni, ada segelintir masyarakat sekeliling kalian yang tidak mampu berfikir sebaik-baik pemikiran kalian.. Kerana cara mereka berbeza dari cara kalian juga mungkin cara saya sendiri.. Jadi apa salahnya jika sejenak kita cuba meletakkan diri kita di tempat mereka? Tidak salah bukan? Jadi bila saya membuka bicara mngenai topik DIHARGAI dan MENGHARGAI ini, jangan lah ada pihak yang cuba memanipulasikan topik ini.. [^___^] Peace No War..
Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai..
[sharing is caring bro]
Kenapa bila orang yang kita sayang tak hargai kita, tapi bila kita dah kecewa baru nak terhegeh-hegeh..
Sebenarnya
setiap manusia ada jalan cerita mereka sendiri, tapi rugilah kepada
mereka yang tak menghargai orang yang kita sayang dek kerana ego dan
tamak sebab dah dapat sorang tapi nak cari yang lain.
Kita
kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam
hidup kita perlu di beri ruang untuk bersama .Sebab kita kena hargai
setiap orang yang hadir dalam hidup kita.Kita sebagai manusia nih tak pernah nak bersyukur dengan ape yang kite ada. Kita sebagai manusia ni tak pernah puas.
Kita
sering terleka dengan orang yang selalu ada di dekatnya dan abaikannya
.Tapi bila orang tu dah face up dengan apa yang berlaku barulah rasa
menyesal dan terhegeh-terhegeh minta maaf
Siapa kita untuk tak menghargai orang lain ???
Ayat
yang mudah, simple malah sesiapa pun boleh paham walaupun bukan orang
ISLAM. Kalau air takde barulah kita nak pandai berjimat, buat catuanlah,
jangan membazirlah, guna yang perlu sahaja…macam-macam seruan keluar
bila air takde Semua orang merungut…susah nak basuh baju, nak memasak,
nak kena mengangkut air, air minum takde. Pada masa tu lah baru pandai
nak berjimat, masa air melimpah ruah memang tak tau nak berjimat air…air
melimpah dalam tab mandi buat tak tau saja.
Ala
manusia biasa la kan, bila hilang sesuatu baru terasa pentingnya pekara
yang dah kita hilang tu. Masa ada depan mata tak pulak reti nak hargai
dan bersyukur.
Bila demam baru terasa nikmatnya sihat.
Time
kaki atau tangan sakit/patah, baru terasa nikmatnya ada tangan yang
boleh memegang dan kaki yang boleh berjalan kemana-mana sahaja yang
diingini.
Bila ada teman atau orang terdekat yang meninggal atau pergi jauh dari hidup kita baru terasa erti sebuah kehilangan.
Opppsss kita macam tu ke?
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan
yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Ya Allah lembutkanlah hatiku menerima teguran..
Ya Allah kuatkanlah hatiku menghadapi semua ujianMu
Comments
Post a Comment