Ketahuilah bahawa banyak ujian dlm kehidupan kita ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Ramai org yg mendapat iman dan amalan soleh adalah kerana mereka dpt mengharungi ujian dgn tabah dan sabar.
Betapa ramainya org yg sombong dan bongkak dlm jiwa mereka tetapi akhirnya menjadi insan yg tawaduk kpd Allah dan menghargai org lain setelah melalui ujian yg getir yg menimpa dirinya. Firman Allah yg bermaksud ;
Dan Kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan sampaikanlah khabar gembira kpd org2 yg sabar.
(Iaitu) org2 yg apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kpd Nya lah kami kembali)
Mereka itulah yg memperolehi ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah org2 yg mendapat petunjuk
(Al Baqarah ayat 155--157)
(Al Baqarah ayat 155--157)
Sesungguhnya kita tidak meminta ujian akan tetapi kita harus mengetahui bahawa ujian itu merupakan rukun kehidupan. Ujian bagaikan peringatan drp Allah utk kita agar kita ingat tentang perkara2 yg kita alpa. Dgn ujian yg menimpa akan menyebabkan kita insaf dan seterusnya membuat kita kembali kpd jln yg diredhoi Nya.
Justeru itu yakinlah bahawa semakin besar dugaan yg menimpa kita maka semakin besar pula kasih sayang Allah kpd kita dgn syarat kita dpt bertahan serta bersabar dlm menyelesaikan segala bentuk dugaan tersebut serta bersangka baik. Nabi saw bersabda yg bermaksud ;
Tiada apapun yg menimpa seorg mukmin sehingga duri yg mengena dirinya melainkan Allah tuliskan utknya kebaikkan (pahala) dan memadamkan drpnya kejahatan (dosa)
(HR Imam Muslim)
(HR Imam Muslim)
Comments
Post a Comment