2 Ogos 2018
Aku berkira-kira kewajaran untuk aku menulis posting ini,
Terjaganya aku di keheningan pagi,
mendapat sebuah pesanan dengan hanya sepotong ayat.
"Inni uhibbuki fillah"
Saya bertanya, silap send ke?
Tiada balasan.
Bertanya lagi, dua' apa ni?
(Monolog : macam biasa dengar ayat ni dulu.)
Saya bukan pelajar lulusan daripada sekolah agama mahupun mengambil pengajian Islam.
Jadi agak terkial kial dalam memahami mesej tersebut.
Dan lagu ini......
Aku masih lagi cuba mengerti..
Sebenarnya apa yang kau cuba sampaikan padaku...
Sesungguhnya, kata ini sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan fokus aku dalam tempoh beberapa hari ini.
Sampai suatu malam aku memutuskan untuk bertanya kepada sahabat baikku......
Sehingga aku memperolehi satu jawapan yang tidak pernah sekalipun terlintas difikiranku..
Cuma satu pesanan daku...
Kehendak kita tak akan menghalalkan sesuatu yang ternyata jelas haramnya..
Maka tidak diperbolehkan seorang laki-laki berkata "Aku mencintaimu kerana Allah" kepada seorang wanita kecuali jika wanita tersebut adalah isterinya atau mahramnya yang lain.
Dan tidak pernah kita jumpai satupun dari para sahabiyah Nabi yang mengatakan ungkapan tersebut kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam padahal Allah telah menjadikan kecintaan kepada beliau sebagai sebuah kewajiban atas orang-orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan.
Jangan kerana timbul atau wujudnya perkara seperti ini sehingga terputusnya silaturahim yang terjalin dan robohnya ukhwah yang telah terbina....
Semoga Allah memberi ketenangan dan tunjuki jalan buat mu dan hamba-Nya yang dalam kesulitan mahupun dalam keraguan..
Syaitan berada dimana-mana sahaja untuk menyesatkan anak cucu Adam..
Jagalah hati, mulut, mata dan jari kita..
Daripada hatilah segala-galanya bermula.
Tapi di era yang serba modern ini apa yang tersurat dihati dizahirkan dengan kata-kata yang permulaannya adalah jari kita.
Berhati-hati dalam menulis sesuatu.
Anggap sahaja itu cuma sekadar mainan perasaan.
Mungkin Allah menjadikan sebuah pertemuan ini hanya sebagai satu persinggahan dan ujian buat awak.
Banyak perkara yang kita boleh ambil sebagai ikhtibar buat pengajaran dimasa akan datang.
Setelah apa yang berlaku,
keadaan antara kita tak mungkin kembali seperti sediakala.
Tapi....dua' ku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.
Insyallah dalam setiap sujudku......
Allah telah merencana sesuatu yang indah buatmu di masa depan.
Telah muncul Bidadari dunia yang bakal menjadi halal buatmu dalam beberapa waktu dan ketika.
Jaga dan sayangilah dia dengan sepenuh hatimu.
InsyaAllah.Janji Allah itu pasti......
Untuk semua kata kata mu yang telah dizahirkan..
Aku ingin memberi sebuah jawapan..
أحبك الذي أحببتني له
" Ahabbakalladzi ahbabtani lahu "
" Ahabbakalladzi ahbabtani lahu "
(Semoga Allah mencintaimu yang telah mencintaiku kerana-Nya / Semoga Allah mencintaimu, Dzat yang telah menjadikan engkau mencintai aku kerana-Nya)
Sebuah jawapan yang aku dapat daripada sahabat baikku bagi balasan sebuah kata-kata darimu yang telah terlafaz.
Semoga Allah memberimu pahala dan hanya Allah yang akan membalas segala jasa dan apa sahaja darimu.
Kerana aku tidak berhak dan boleh membalas satu pun daripada segala apa yang telah kau lafazkan pada ku.
Adalah haram bagiku untuk semua itu. #jauhkanjarakkita
Semoga Allah menjaga Iman kita. InsyaAllah.
Jazakallah..
Comments
Post a Comment