""Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang....
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus m
eninggalkannya
begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima la seadanya.... janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan
janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu
tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....
Comments
Post a Comment