Urusan sedekah adalah urusan hati dan keikhlasan setiap umat di dunia ini. Ada yang merasakan bahawa setiap harta dan wang yang diterima adalah miliknya dan sekaligus terus menjadi hak peribadinya.bukan untuk sesiapapun apatah lagi untuk dibahagikan.
namun ada banyak yang bependapat bahawa setiap harta yang diterima adalah kuniaan Allah yang wajib disedekahkan kepada yang berhak.bagi hamba Allah yang merasa bahawa semua harta serta kedudukan adalah kuniaan,dengan jiwa yang besar dan hati yang tulus ikhlas akan mengeluarkan kewajipannya. walau apapun yang dia cintai dia korbankan, walaupun dalam keadaan tidak memiliki apa2 langsung dan dihimpit kemiskian, dia akan tetap rela menghulurkan demi mendapat keredhaan Allah.
saya sendiri masih dalam peringkat belajar tentang keimanan apatah lagi soal sedekah. sedekah harus menjadi makanan pokok dalam hidup kita, baik dalam keadaan kaya mahupun miskin. jangan jadikan kemiskinan sebagai tembok penghalang untuk bersedekah. sedekah tidak harus dengan menggunakan wang yang banyak atau barangan yang berharga. hanya dengan senyuman pun dapat bersedekah. Allah menyukai orang kaya yang dermawan tetapi Allah lebih menyukai orang miskin yang dermawan.
islam mengajarkan kita tetap bersedekah pada waktu lapang ataupun sempit. Rasulullah saw
pun mengingatkan kita agar jangan segan bersedekah meskipun hanya dengan sebutir kurma.
memberi pada saat berlebih adalah mudah walaupun bukan semua orang mampu melakukannya..
Ya Allah, seandainya aku diberi kesempatan satu kali saja, aku akan melaksanakan Solat Sunnah.
Ya Allah, seandainya aku diberi kesempatan satu kali saja, aku akan terus mengucapkan Selawat.
Ya Allah, seandainya aku diberi kesempatan satu kali saja, aku akan terus melaksanakan SEDEKAH.
Insya Allah, Keajaiban Sedekah merubah hidup kita.. Amiin.
Segala kekhilafan dan kekurangan datangnya dari saya yang jauh dari kesempurnaan,
dan segala kebenaran hanyalah datangnya dari Allah Yang Esa..
Comments
Post a Comment