fiqh al-awlawiyyat bermaksud mengutamakan yang lebih utama dalam melaksanakan hukum dan nilai. walaupun semua perbuatan itu baik dan secara umumnya digalakan, namun antara satu kebaikan dengan kebaikan yang lain ada perbezaan keutamaan dalam melakukannya. samada pd hakikatnya sendiri atau hubungannya dengandengan situasi berkenaan. setiap perkara yang baik atau buruk mesti diletakkan di tempatnya dengan seimbang dan lurus, tidak lebih dan tidak kurang.
ketika berbual dengan Ustaz merangkap rakan sekerja saya sebentar tadi, satu pengetahuan baru saya perolehi mengenai fiqh al-awlawiyyat ini. contohnya antara solat terawih dengan tazkirah sebelum solat terawih yang mana lebih utama dan cenderung untuk dilaksanakan? pada mulanya saya dengan begitu pantas dan yakin menjawab solat terawih.. tapi keutamaan yang sebenar ialah tazkirah.. atas sebabnya Tazkirah merupakan salah satu jalan untuk menentut dan mendapatkan ilmu. dan dalam islam menuntut ilmu adalah wajib manakala melaksanakan solat terawih itu adalah sunat..
contoh kedua yang saya fahami melalui pandangan peribadi saya, ketika berlakunya tsunami di Jepun, kita sebagai umat islam berkemampuan untuk menghulurkan bantuan. AKAN TETAPI, yang manakah harus diberi keutamaan jika kita diberi pilihan antara menghulurkan bantuan pada saudara rapat kita, saya ambil contoh ibu kita sendiri dan mangsa tsunami tersebut..tentulah ramai yang beranggapan membantu org yang lebih memerlukan itu lebih penting. tapi SEBENARNYA menghulurkan bantuan kepada saudara terdekat itu lebih penting kerana wajibnya kita sebagai seorang anak melaksanakan tanggungjawab kita keatas orang tua kita terlebih dahulu dan saudara terdekat sebelum mabantu insan yang jauh dari sisi kehidupan kita. untuk apa kita hidup dalam kesenangan dan memberi kesennagan pada orang lain sedangkan saudara rapat kita hidup dibelenggu kemiskinan....wallahualam....
merujuk pada bacaan saya, kita akan melihat bahawa beberapa ukuran yg berkaitan dgn penjelasan amalan, nilai, dan kewajiban yg paling utama, paling baik & paling dicintai Allah SWT telah diletakkan di depan kita. ini antara contoh yg saya perolehi daripada buku-buku saya dan saya kira boleh dikongsi bersama.
sabda rasulullah ;
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih; yang paling tinggi di antaranya ialah 'la ilaha illa Allah,' dan yang paling rendah ialah 'menyingkirkan gangguan dari jalan"
contoh yang lain :
"Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian, dengan kelebihan sebanyak dua puluh tujuh tingkatan."
kata hati : Alhamdulillah,bersyukur memiliki sahabat yang sentiasa berkongsi ilmu dan membimbing kita kearah jalan yang benar, saling bertukar pandangan dan memantapkan cara pemikiran.. ^__^

"Satu dirham dapat menandingi seratus dirham."
"Berjaga dalam jihad selama sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa dan qiyamulail selama sebulan."
"Sesungguhnya penyertaan salah seorang dari kamu dalam jihad di jalan Allah adalah lebih baik daripada solat yang dilakukan olehnya di rumahnya selama tujuh puluh tahun."
tapi sbaliknya, ada juga ukuran yang berkaitan dgn penjelasan mengenai pelbagai perbuatan buruk, dgn berbagai tingkat perbezaannya di sisi Allah SWT, berupa dosa2 besar dan dosa2 kecil, perkara makruh.
kadang2 sebahagian perbuatan ini dikaitkan satu dengan lainya seperti:
"Satu dirham barang riba yang dimakan oleh seseorang, dan dia mengetahui bahawa itu adalah riba, maka dosa itu lebih berat di sisi Allah SWT daripada tiga puluh enam kali zina."
kita juga diperingatkan agar tak melakukan perbuatan yg dikategorikan sbagai perbuatan jahat daripada yang lainnya, atau yang lebih buruk daripada perbuatan lain. Seperti hadith:
"Sesuatu yang paling buruk yang ada di dalam diri seseorang ialah sifat kedekut yang melampau, dan sifat pengecut."
"Seburuk-buruk manusia ialah orang yang meminta dengan sumpah atas nama Allah, kemudian dia tidak diberi."
"Seburuk-buruk umatku ialah mereka yang paling banyak cakapnya, bercakap besar, dan berlagak pandai, dan sebaik-baik umatku ialah mereka yang paling baik akhlaknya."
"Manusia yang dianggap sebagai pencuri paling hebat ialah orang yang mencuri solatnya, tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. sedangkan manusia yang paling kedekut ialah orang yang paling enggan untak mengucapkan SALAM."
kata hati : Alhamdulillah,bersyukur memiliki sahabat yang sentiasa berkongsi ilmu dan membimbing kita kearah jalan yang benar, saling bertukar pandangan dan memantapkan cara pemikiran.. ^__^
Comments
Post a Comment