Apakah perasaan kamu,jika kamu dapat bertemu dengan seseorang yang sangat ingin kamu ketemu?
Apakah perasaan kamu bila kamu dapat bertentang mata dengannya,melihat senyumannya,mendengar suaranya,melihat jasadnya di depan mata?
Jika kamu boleh mendakapnya,adakah kamu mendakapnya erat dan biarkan sahaja hati yang berbicara?
Adakah kamu berharap agar masa terhenti,walaupun itu tak mungkin berlaku?
Saya sebenarnya telah bertemu dengan seseorang yang sepatutnya saya ketemu lama dahulu.
Ia bagaikan mimpi di siang hari,ia bagaikan suatu igauan,bilamana sahabat itu berdiri di depan saya,memanggil nama saya sambil tersenyum mesra.
Ia bagaikan doa yang telah termakbul,dan tika itu betapa bersyukurnya pada Yang Maha Esa kerana dengan takdirNya,terjadilah pertemuan itu.
Saya membalas lambaiannya sewaktu berpisah,melihat dia berlalu pergi sambil hati berkata-kata.
Dapatkah saya berjalan seiringan dengannya lagi berbumbungkan langit biru seperti hari itu?Sahabat,akhirnya kita bertemu.Bukan lagi di dalam mimpi,tapi realiti.
"Selagi saya boleh melihat kejora berkelipan,memori itu pastinya teguh dalam ingatan."

Comments
Post a Comment