"setulus ikhlas hati ku lafazkan..
saya lepaskan dia dengan hati yang REDHA..
biarlah jodoh ini ketentuan dari TUHAN bukan ketentuan dari SYAITAN.."
setelah sekian lama saya mengambil langkah berdiam diri atas apa yang telah terjadi..
hari ni sepenuh keyakinan dan setulus keikhlasan
saya melepaskan dia dari hidup saya.
memadam segala kenangan dan kisah yang pernah tercipta..
menghapuskan kekecewaan dan penderitaan yang membebani..
mungkin ada hikmahnya perkahwinan ini tidak diteruskan..
biarlah ikatan pertunangan yang memisahkan saya dan dia.
sekurang-kurangnya saya tidak merobohkan masjid yang dibina..
tidak bergegarlah tiang Araysh yang berpunca dari saya dan dia..
mungkin ada hikmah disebaliknya..
sesuatu yang lebih baik menanti di pertengahan destinasi sana.
siapa dia, siapa gerangan, siapa insan itu..
biarlah ia menjadi tanda tanya..
kerana saya percaya pada janji Allah..
andai dia tak sama seperti kehendak hati,
saya redha ketetapan Ilahi,
itulah ketentuan sejak azali.
mungkin dia sudah lama saya kenali,
mungkin dia insan yang saya benci,
mungkin juga dia sentiasa disisi
cuma saya tidak sedari..
segalanya..
biarlah DIA yang MENGETAHUI..
Wallahualam.
Comments
Post a Comment