Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Perjalanan ini

  Perjalanan hidup tiada yang mudah kerana ujian adalah sebahagian daripada kehidupan.   Hati yang lapang akan membantu diri menempuh hidup dengan lebih tenang dan lebih bermakna. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya betapa hatinya terobek... Cederanya parah hingga terasa nyawa tersekat di hujung nafas.... Untuk  mengikhlaskan itu, Allah juga tahu bukanlah  Semudah berkata kata.. Untuk bangkit itu, Allah juga tahu ia sangatlah susah. Namun bersama Allah hatinya jadi terpujuk segala gundah.... Hakikat perjalanan hidup ini terlalulah misteri.... "Ya Allah... tiada JALAN yang MUDAH, kecuali dengan izin-Mu... Sesungguhnya PERJALANAN hidup ini adalah salah satu daripada UJIAN-MU... Seandainya kami BERDOSA pada hari ini, Engkau SUCIKANLAH dan AMPUNKANLAH dosa-dosa kami... Namun seandainya KEBAIKAN yang kami lakukan hari ini, Engkau KEKALKANLAH dan REDHAKANLAH... kerana sesungguhnya Engkau Maha PENGAMPUN lagi Maha PENYAYANG..." Amin Ya Rabbal a'lam