Segala Nikmat tak terucap Secara sedar dan tak sedar Tanda kasih dan sayang cinta mu Pada semua alam semesta Dalam tadbir dan takluk Mu Pandanglah dengan Keindahan Tiada yang lebih indah seperti dalam impian.. keindahan hanya pada keindahan Tuhan semesta alam Indahnya ciptaan tuhan Jika bertanamkan keimanan Indahnya ciptaan tuhan Andai diri sedar banyak kekurangan.. Menderita Bahagia Sama saja bagi yang redha Bencana Kurnianya Semua kebenaran bagi yang redha Usah gusar sentiasalah tenang Majukan langkah terus ke depan Pegang erat padu keseluruhan Pasti ada jalan yang memandumu ke jalan yang ketaqwaaan Bila iman sudah sampai haqul yakin Sedekah banyak tak akan jadi miskin Hidup semakin dalam kenikmatan Kerana Tuhan yang pimpin... Astaghfirullahaladzhim Nikmat mu tak dapat ku dusta hanya untaian istighfar ingatkanku di kala lupa menjaga hati dan diri ini agar tak tersasar jauh darimu berharap redha-Mu meski diri kami hina
melakar bicara yang tak terungkap dengan kata