Teguran Allah: Hikmah Di Sebalik Ujian Kehidupan Setiap insan pasti diuji oleh Allah SWT dalam pelbagai cara. Ujian datang dalam bentuk kesakitan, kehilangan, atau kegagalan, tetapi di sebalik itu tersembunyi teguran lembut daripada Allah yang bertujuan menyedarkan kita tentang kelemahan diri dan perlunya kembali kepada-Nya. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Ini menunjukkan bahawa setiap ujian yang kita terima adalah dalam kemampuan kita untuk menghadapinya. Sering kali, kita terleka dengan kehidupan dunia sehingga lupa bahawa hidup ini lebih dari sekadar bernafas dan mengejar kesenangan. Tanpa teguran dari Allah, mungkin kita akan terus hanyut dalam arus duniawi. Teguran Allah berupa ujian adalah panggilan untuk kita memperbaiki diri, memuhasabah kekurangan dan kembali kepada jalan-Nya. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, m
CERDASNYA orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah s.w.t.. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w. itu adalah: Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua : Membaca al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid